Monday, August 6, 2012

Cerita 17 Ramadhan

Lepas sahur Mummy marathon buat 3 jenis biskut raya (tunggu n3 yer). Lepas buat kuih raya Mummy merempit ke Gulatis sekejap, nak cari baju Melayu untuk Daddy dan anak2...emmm kiciwa tak de yang menarik pun, dan banyak jenis kain licin satin tu, Daddy tak suka. So singgah kat PKNS Bangi pulak. Ramai pulak la umat kat sini, parking sampai kat belakang2. Lepas pusaing 2-3 kali akhirnya berjumpa dengan yang berkenan di hati... kain pun elok harga pun ok... dan yang paling penting ada saiz untuk si Daniel.... pening sekejap nak pilih warna apa... semua nampak menarik... blue turqouis, purple, merah, hijau..... agak2 korangkan warna apa Mummy pilih?.... Nampak gaya 'terpaksa'lah Mummy beli baju raya baru sebab baju yang dah beli tu tak de sehelai pun yang sama dengan warna baju Melayu daddy dan anak2 bujang...

Oklah layan je menu buka posa Mummy hari ni... ada yang Mummy masak, ada yang Daddy masak dan ada yang orang lain tolong masakkan..hahaha

Menu berbuka 17 Ramadhan

Mummy maak ayam paprik & goreng tepong udanag sotong

Tomyam campur yang sangat2 sedap...hihih .... kes puji diri sendiri, tapi seriuslah tomyam ni sedap.. Mummy guna paste dalam botol bukan yang selalu beli dalam packet kecik tu

Cucur buatan Daddy

Nasi goreng tuna hasil air tangan daddy gak

Anak2 nak makan pizza lagi... so call je la Mr Dominos mintak hantarkan pizza dan lazagna. Hari ni dapat lagi voucher free untuk sebiji pizza. Sepatutnya pukul 7.15 sampai tapi dah pukul 7.30pm baru sampai...

No comments:

Post a Comment