Monday, January 10, 2011

Kenduri Kahwin @ Puchong Perdana

Salam. N3 tertunggak disebabkan Mummy kehilangan USB cable camera.... huhuhu.... Ahad lepas kenduri kahwin anak cousin Mummy, Abang Jelan & Kak Lati kat Puchong Perdana. Cousin ni dari sebelah emak, emak Mummy dengan abah dia adik beradik.

Cam biasa la snap2 sebelum bergerak dari rumah...

1st time pegi rumah cousin Mummy ni, actually tak de la jauh sangat pun, klu tak jam tu dalam setengah jam je dah sampai... Ikut map kat wedding card tu yang senang jumpa rumah dia, kalau tak ada map rasanya jenuhgak sesat kut.

Bila nampak bunting ni dan tengok nama pengantin sama je, so kira kita orang tak salah rumah la... actually pengantin ada dua pasang tapi tak perasan la pulak bunting lagi satu...

Mummy sampai hampir serentak dengan Datin S dan Datuk T... Eija dan Erra pun ikut sama

Sampai time tengah lapar so sedap le makan...

Posing dulu sebelum makan...

Penuh pinggan mummy...hheheheh.. camana la nak kurus ni...nasi minyak panas2 dengan rendang tok, ayam gorend, dalca dan pacri nenas.... mantap... nasi minyak dia sangat sedap, makan tanpa lauk je pun dah ok...

Lepas makan... sembang2 le... Datin S dgn Kak Semah @ Long Semah

Dengan sepupu Mummy Long Bani hubby Long Semah

Ketibaan Mama Miraki & Family...

Sementara tunggu Mama Miraki siap makan, Mummy snap2 dulu gambar kat pelamin... pelmin ni sempoi jer tapi i likeeeeeeeeeeeee.... kalau letak fresh flower lagi cantik!!!

Sebenarnya Mummy cam nak duduk rasmikan je kerus pengantin tu.... hehhe

Mummy & Mama Miraki. yang tengah tu pangkat anak saudara Mummy la, Anna Suzanna anak Long Bani

Inilah makcik Mummy (kakak emak Mummy), umur dah masuk 98 tahun. Kami panggil Mak We @ Siwo. Kurus sangat dia sekarang, rasanya tinggal tulang dibalut kulit berkedut. Mata pun dah tak nampak, api daya ingatan dia masih kuat. Masa ni Mak We dh nak balik, ye la penat dia duduk lama2 kat kerusi kan... Mak We ni dah ramai cicit...

Cousin Mummy, Kak Zalimah (Zai)... dari Kulai

Anak cousin Mummy tu yang tinggi lampai...

Cousin Mummy @ bapak pengantin, Abang Jelan... cam ikut warna tem pulak baju Mummy yer...

Mama Miraki & Siwo Sipah

Ni la makcik Mummy...

Wakil dari waris2 Hj Omar & Hjh Amanah.... oklah tu hantar 3 orang wakil

My biggggggggggggg brother.... Abang sepupu Mummy... Nya-it (susah betul nak ej nama glamour dia ni)

Serasi... apa yang sersi yer... serasi saiz la... hahahahha

Sebelum balik gambar dulu ngan tuan rumah ye...

Ni pengantin gak... tapi pengantin dah lama sikit la.... heheh

Sekali lagi gambar sebelum balik... panjang umur dapatlah jumpa lagi

Kepada pasangan pengantin, semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki, lepas ni boleh lumpa2 ye, siapa dulu dapat hasil... hehheh

4 comments:

  1. Gee..musykil sikit ler...product ana tu tak ada untuk hilangkan dagu yg berlapis2 ke.Knape ana dagu jadi cam tu.Hai br nak try product ko na, tak jadi lah...takut.........dagu berlapis2.

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat jumpa sedara-mara...apakan daya tak berkesempatan.

    ReplyDelete
  3. Mek= ye lah aku pun tak jadi nak try la, dalam gambar promosi product tu gambar lain, tengok orangnya kat luar lain.. hahaha.....Tolong jawab puan Ana Suzanna....

    ReplyDelete
  4. hahahaha kak kay dan Mam janet ni makcik ku rupanya .. hahahaha tu pic setelah penat menolong meguruskan berkat yang nak dibagi pada sedara-mara yang hadir ... apalah teruklah makcik2 ku ini ... hahahahaha

    ReplyDelete