Wednesday, January 19, 2011

Nasib golongan pertengahan!

n3 diambil dari ruangan surat pembaca Berita Hairan Harian . Setuju dengan penulis surat ni, setuju bukan sebab penulis tu abang Mummy tapi memang benar apa yang ditulis tu. Tak de siapa nak bela nasib golongan ni... huhuhu...sedih ni...

==================

SAMA ada sedar atau tidak golongan pertengahan adalah golongan teramai di Malaysia dengan mempunyai berpendapatan sederhana tinggi. Golongan ini kebanyakannya bekerja makan gaji sama ada sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.

Golongan pertengahan ini juga adalah pembayar cukai terbanyak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun kadangkala lebihan pendapatan mereka setiap bulan tidak seberapa dengan pelbagai tanggungan wajib dan beban kenaikan harga barangan.

Bagi mereka berjawatan tinggi yang tentunya berpendapatan tinggi mungkin tidak merasakan masalah ini kerana pelbagai jenis elaun diterima. Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk sampai ke sesuatu destinasi jika diarahkan bertugas di luar. Tiket penerbangan, tempat penginapan dan sebagainya sudah tersedia tapi bagaimana dengan golongan pertengahan?

LHDN sepatutnya turut memberi lebih fokus kepada peniaga nasi lemak, pisang goreng, tukang urut, peniaga pasar malam, pemilik restoran Thai yang ada di antara mereka yang berpendapatan melebihi RM500 sehari namun pendapatan tidak pernah diaudit dan mereka tidak dikenakan cukai.

Begitu juga peneroka FELDA yang memperoleh pendapatan lebih daripada RM5,000 sebulan, sepatutnya layak untuk dikenakan cukai.

Slip gaji juga adalah penghalang golongan pertengahan untuk mendapat kemudahan dan keistimewaan biarpun hakikat sebenar mereka juga layak. Contohnya pemilihan untuk anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM.

Pendapatan keluarga juga satu daripada syarat untuk melayakkan mereka diterima ke SBP selain keputusan 5A. Contohnya, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan berpendapatan RM1,300 layak mendapat SBP daripada sebuah keluarga yang mempunyai enam anak dengan pendapatan RM4,000.

Begitu juga kelayakan membeli rumah PPRT, Biasiswa Kecil Persekutuan, subsidi membeli beras, bantuan pakaian seragam dan sebagainya.

Hanya mereka berpendapatan RM1,500 ke bawah saja layak sedangkan mereka yang berpendapatan lebih sedikit daripada itu dan mempunyai tanggungan yang ramai tidak layak.

Saya amat berharap pihak yang berkenaan lebih bersikap adil dan relevan dalam menentukan status kelayakan mendapatkan keistimewaan dengan mengambil kira jumlah tanggungan dan taraf sosioekonomi sesuatu tempat.

Begitu juga kelayakan pendapatan yang layak dikenakan cukai mungkin perlu dinaikkan dan pelbagai potongan lain sebagai rebat.

Saya bukan cemburu dengan mereka yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan namun berharap mendapat secebis keistimewaan kerana kami juga adalah rakyat Malaysia yang juga golongan pembayar cukai teramai.



WONG KHOO LAI,

Kulai, Johor.

5 comments:

  1. mummy salam - i like....i like...benar bagai di kata...sgt setuju patut di kaji balik :)

    ReplyDelete
  2. SETUJU 799% dengan pendapat my big Bro ni..hehehehe...Golongan pertengahan selalu terlepas semuanya....

    ReplyDelete
  3. Wong khoo Lai..aku ni kakakmu golongan pertengahan ko bela lah nasibku, sebab ko ni golongan atasan. huhuhu...sedih sangat ni.Lagi satu rintihan dari suamiku dh kerja 30 tahun sekalipun belum dapat anugerah cemerlang.Ada tu br kerja 2 ke 3 tahun dah dapat sebab kerja bawah dagu orang2 atasan. Realiti ni

    ReplyDelete
  4. lina - Mummy rasa memang ramai yang akan 'like' heheh

    Mama Miraki - Bagi la cukup 800%

    Mama Janet - tak cukup cemerlang lagi kut... hahaha

    ReplyDelete
  5. Betul tu!
    Anak saya selalu bising, rugi jadi anak cikgu. Tak dapat biasiswa macam rakan2nya. Rakan2nya tinggal di rumah banglo, kereta menjalar tp slip gaji tak ada, dikira lebih layak.

    ReplyDelete