Gambar dr pakcik google ni tak ada kaitan dengan N3 kali ni. Cantik betul jelly ni kan, berlapis2... harus dicuba membuanya!!!
Sapa yang jatuh
Mummy suka visit Mat Gebu Antique Corner sebab kat situ ada link ke peminat2 tegar barang2 antik. So tak payah nak menjajau cari dan penuhkan blog Mummy ngan list yang sama... hehehe...bijak...bijak...
Jomlah tengok apa yang Mummy dapat kumpulkan dalam masa 3-4 bulan ni... tak banyak manapun tapi bolehlah sebagai permulaan.
5 biji teko berlainan saiz. Teko yang last tu tak ada penutup. Tadi Mummy dah sms kat akak yang jual, rasanya dia termasuk penutup teko tu kat kotak orang lain kut masa pos.
Teko aladin
Kat penutup teko ni pun ada gambar BK gak. Sais bunga besar dan sangat terang warnanya. Teko ni bentuk cam empat persegi...
Teko ni adik kepada teko sebelum ni. Teko yang ni bunga dia kecik sikit dan agak pudar warnanya. Mummy tak pasti penutup teko ni memang penutup asal atau suai padan... tak kisahlah janji nampak comel... i likeeeeee
Teko ni adik kepada teko yang sebelum ni tapi bentuk dia nampak lagi bulat.
Teko mini tanpa penutup yang baru sampai petang tadi. Bunga dia terang. Teko ni setakat boleh isi air 3 cawan kut...memang betul2 mini...
Bekas susu dan gula ... bunga sama besar tapi warna berbeza..
6 biji cawan bujang... diterbangkan dengan selamatnya dari bumi Kenyalang. Kena minum air 3 cawan baru hilang haus kut sebab saiz comel2...
5 set cawan bulat dan piring dari Kluang
6 cawan teh cina
6 set cawan mulut lebar
Bentuk cawan dan saiz yang berbeza
Bentuk sama tapi saiz berbeza
7 batang sudu... sudu yg tengah tu memang besar sikit saiz dia... tu sudu yg Mummy mula2 beli, sudu yang 6 batang tu dari Bumi Kenyalang gak...
3 mangkuk bubur dan 3 mangkuk sup
4 pinggan makan
6 pinggan bujur
4 pinggan gulai
Pinggan kuih dan pinggan kecil sesuai untuk sambal
Tapi sedihlah koleksi Mummy ni masih terperap je dalam kabinet kat dapor... huhuhu. Bilalah Daddy nak belikan almari display ni... Daddyyyyyyyyyyyyyy cepatlah belikan almari display... yang kita tengok kat kedai KK semalam tu dah ok dah... comel....

10 comments:
Pabila tgok pinggan ni, automatik ingat zaman dulu. Ingat emak bapak.
cuba ko menyelinap kat umah wak sarkonah ke wak salisah compem pinggan2 cam ni dia dah buang kat rumah kayu (stor le)sebelum dia tau nilai pinggan cam ni baik ko kutip awal2......kikiki
MSom - betul tu... cam ada sentimantel value
Mama Janet - Nanti ko blk kg tolong tengok2 kat tepi rumah dia org, klu ada tolong kutipkan yer...
Kat rumah wak Tomblok pun agaknya ada tapi wak Tombloknya dah tak ada...
Mak ai.....gaji ribu raban tiap2 bulan takat nk bli pinggan koleksi mintak kt daddy gak ke?
X minat. baik aku beli Corelle...hhehehehehhe...
ada wang cinta boleh dibeli... apa lagi cinta pinggan mangkuk aja....
jangan bila cinta pudar pinggan mangkuk melayang yea..hehehhe
akak pun tersangat minat pinggan tu..amacam gee...hadiah kan untuk akak sikit..
mmg cantik eak...
kat umah ada 3 ketul...warisan..hehe..
Anonymous - nnti bday awak kita bagi pinggan seketul yer... hehehe... tengah nak cari teko aladin bunga kangkung ni... ntah bila akan jumpa....
Post a Comment