Friday, December 17, 2010

Nasi lemak buah bidara....

Nasi lemak buah bidara (buah bidara tu caman rupa hah?)
sayang selasih hamba lurutkan (biji selasih ni selal letak kat air sirap kan)
buang emak buang saudara (apa punye anak sampai sanggup buang emak ni...)
kerana kasih aku turutkan.... (porahhhhhhhh)

Wah pagi2 Mummy dah jual pantun ni, cepat2 sapa nak beli pantun ni.... okey okey tak payah beli pantun Mummy tu, n3 kali ni bukan sebab pantun pun, tapi tentang nasi lemak... malaysian mesti pernah makan nasi lemak kan... ada yang hari2 pekena nasi lemak kut... Mummy adalah sebulan 2x makan nasi lemak kut.... apa faktor yang menyebabkan nasi lemak tu sedap ek tak? Asas dia nasi lemak dan sambal, yg lain tu aksesori je betul tak, so kalau nasi dia lembut dan berlemak dan sambal tu sedap pedas2 manis sikit sure jadi sedap nasi lemak tu kan. So nak menambahkan kesedapn nasi lemak tu barulah letak aksesori sikit, ikan bilis, timun, kacang tanah.

Eh apa yg Mummy rapukan ni yer..actually Mummy nak cerita pasal satu gerai jual nasi lemak. Lokasi dia kat jalan besar bersebelah Taman kajang Mewah. kat jalan besar ni memang berderet2 gerai jual nasi lemak dan tori canai waktu pagi2 dan kalau belah tengahari hingga ke malam ada lah org jual goreng pisang, char kue-tiaw, gerai tomyam dll. Tapi dalam banyak2 gerai jual nasi lemak ni kan ada satu gerai yang memang menjadi tumpuan ramai... gerai tu tak de nama pun... cuma kat gerai tu dia tulis 'SILA BERATUR'...

Pejual dia pasangan suami isteri dan sepanjang cuti sekolah ni Mummy tengok wife abang ni digantikan dengan anak lelakinya. Setiap pagi pergi kerja mesti Mummy lalu depan gerai ni dan memang sentiasa panjang orang beratur nak beli nasi lemak dia... ada la sesekali Mummy singgah beli kalau Mummy terngok orang yg beratur tu tak sampai 10 org....

Mummy hairan gak kenapa yer org suka beli kat gerai ni? Kesimpulannya Mummy rasa abang dan akak ni memang menjaga kualiti nasi lemak yang dijualnya. Nasi lemak dia memang nasi yang kita boleh rasa lemak dia dan bukan rasa cam nasi putih biasa jer, sambal dia pun memang sedap dan ada rasa. Timun yang digunakan pun timun yang masih muda dan bukanlah timun yang jual longgok dah tua dan warna pun dah kuning tu. Dan dia bagi timun pun 2 slices yang tebal, kacang tanah dia letak bukan setakat 2-3 biji tapi lebih 10-15 biji dan ikan bilis goreng pun 10-15 ekor...dan telur suku...basic nasi lemak RM1 je... itu sebab orang ramai beli kat gerai dia ni walau terpaksa beratur panjang... Pagi tadi Mummy beratur almost 20 minit untuk beli 10 bungkus nasi lemak + telor mata... banyaknye Mummy makan??? Macamana nak kurus!!! Nasi lemak tu Mummy bawak untuk anak2 buah kat opis, lagipun dah lama Mummy tak masak2 dan bawak gi opis, so kali ni beli jelah nasi lemak dan makan ramai2.


Brother ni garu kepada sebab lama sangat menunggu kut... hehehe

Masa ni Mummy tengah tunggu adik baju hitam ni bungkus 10 nasi lemak untuk Mummy... tengok tu ramai kan orang beratur kat gerai ni

Gerai ni bukak dalam pukul 6.30 dan selalunya 9.30am memang dah clear dan tutup,bayangkan sehari dua tong nasi lemak habis dijual dan setiap tong tu boleh dapat 150 bungkus. Sehari 300 bungkus...emmm korang kira lah berapa untung dia orang dapat.... emmm memang rezeki dia ... itulah kalau orang yang berniaga memang berniaga dengan ikhlas sure dapat return yang baik, tapi yang ramainya orang berniaga ni sekadar nak kaut untung je tanpa fikir kualiti barangan yang dijual...

6 comments:

  1. kekadang tu masakan tak sesedap mane. Ada manderem kot.Adalah kedai mkn disekitar tempat aku ni (nama kedai dirahsiakan)org dtg bertali arus.Tapi ada cerita disebaliknya.Ada org nampak lembaga dekat tiap2 tiang.kalau org bohong bohong ler aku

    ReplyDelete
  2. Saya rasa nasi lemak dia memang sedap, kerana mungkin:
    1. Ia menggunakan beras yang baik
    2. Sambalnya luar biasa sedapnya

    Satu lagi mungkin makan sebungkus dah kenyang sampai petang.

    ReplyDelete
  3. mama janet= memang ada lembaga kat tiang tu, nak tau lembaga apa?= LEMBAGA LETRIK NEGARA... hahaha...
    MS= rasanya kalau saya jual nasi lemak pun mesti laku sebab kalau saya beli rasa tah apa2 tapi orang berderet nak beli... heran gak...

    ReplyDelete
  4. MSOM - betul tekaan MSOM tu, nasi lemak yang dijual sedap sebab:
    - guna beras yang berkualiti bukan guna berada hancur or beras yang tersangatlah kerasnya nak menelan pun sampai terjegil mata
    - sambal dia bukan sambal cili dan bawang semata2, tapi memang sambal ikan bilis
    - ikan bilis goreng yg dia guna bukan ikan bilis yang dah berlapuk dan keras keluaran zaman tok kaduk dulu...
    - dan yang penting walau berniaga kat tepi jalan tetap nampak gerai dia bersih..

    wah Mummy bagi promosi bagus punye kat gerai ni kan.... emmm lian kali boleh dapat discount ni... hehehhe

    ReplyDelete
  5. Kedai ni btl2 dekat jln kuar umah saya kak...tiap2 hari tgk panjang org baris..mcm pelik gak sedap sgt ke...sy tak pernah lak cuba...nanti nak try la berbaris panjang2 tu hehehe...

    ReplyDelete
  6. Alida - memang sedap Alida, try la...

    ReplyDelete