Monday, December 20, 2010

From Taiping With Love



...from Taping With Love.
Pasangan cintan cintun Mat & Mon yang tak sama saiz. Sapa minat siri kartun ni? Haha..Mon tetap rulesssss...Asal dating je bawak adik dia...Lepas tu si Mat pun bawak adik dia juga, kekonon nak cover line la tu... adoi...memang siri kartun yang melawakkan. Kartunis dia Rashid Asmawi dah meninggal pun tahun 2008. Memang nostalgia betul kan.
 
Sabtu 18/12/2010
Ok cukulah intro untuk n3 kal ni, apa nak cerita yer? Emm n3 tentang kunjungan Mummy & family ke Taiping la, Sabtu dan Ahad yang lepas. Sepupu Daddy, anak Mak Su & Pak Su kahwin. Keluar dari rumah kul 9am, singgah kedai pakcik Mai**n dulu beli stock makanan dan minuman sepanjang perjalanan. Singgah beli majalah untuk anak2 pulak biar senyap sikit dalam kereta. Pas tu singgah breakfast dulu. Perut masing2 dah kenyang terus merdesuppppppp (kali ni Daddy drive mengikut undang2, mungkin dah insaf sekejap or malas nak dengar Mummy membebel sepanjang perjalanan ni bila tengok jarum meter lebih dari 110 je)


Perjalanan jauh dengan anak yang ramai ni memang kena buat persiapan mental dan fizikal... hehehe. Kereta memang dah jadi cam kedai 7-11 bergerak... dan perjalanan cam dah jadi cam bas berhenti2 pulak, setiap hentian nak kena berhenti, yang nak kencing lah ber*k la, nak muntah lah, pening la dan macam2 alasan lagi lah... Singgah dulu kat kampung daddy sebab nak amik FIL.

Anak dara kecik ni kalau Daddy dia yang ambikkan baju, tak kisah baju apa pun mesti dipaki tapi kalau Mummy yang amikkan banayak sangat alasan nak yang itu la inilah... Yan dia pakai tu kemeja si Danny...

 
Kucing kat rumah FIL ni menjadi  mangsa buli 3 orang budak ni. Siap bagi makan potato lagi tu...

Janji jumpa dengan SIL & BIL kat R&R Tapah, lepas tu terusss ke Taiping. Sampai dalam pukul 3.30pm. Masa sampai kat rumah Mak Su tu tengok cam tak ramai orang pun. Kat luar tak nampak pun orang3 kampung yang datang rewang.... oooo rupa2nye kali ni Mak Su serahkan semua pada caterer, patutlah tak ramai orang.

Sementara orang tak ramai kita snap2 kat pelamin la dulu... hehe

Pelamin tema putih yang sempoi dan tak crowded


Eh Daniel sanding sorang2 ke?

Majlis akad nikah diadakan Sabtu malam Ahad...




Majlis akad nikah tu dah agak lewat almost 10.30pm, so Dafiy memang dah zzzzzzzz. Lagipun dia demam so Mummy tka boleh nak xtif snap2 masa majlis tu...

Ahad 19/12/2010


Kesian anak Mummy sanding sorang2 yer...


Ain & Dania... Ain ni cucu Mak Lang. Hampir sama besar....


Dafiy & kakak2nya


Nak gak bergambar kat pelamin....


Yang baju merah tu Mak Su daddy dan yang tudung purple tu kami panggil di Ngah (adik beradik tiri ngan FIL)


Meja untuk majlis makan beradap....kunin tuuuuuuuuuu


Mummy & pengantin (Kak Chik... apa yer nama betul dia????)


Ini bukan pengantin dan Mak Andam yer... heheh. SIL yang tengah membetulkan tudung Mak Lang. Walaupun tak berapa sihat tapi Maklang lah yang masak menu pengantin, kita orang yang muda2 ni tolong gak.... tapi tolong tengok jer la... hahahah


Sambal goreng meletop sodap masakan Mak Lang!!!  Menu pengantin bisalah ayam golek, siakap & bawal sweet sour, hati goreng, udang panjat nenas kita orang tukar kepada udang baring je, sotong goreng tepong, daging black pepper, ntah apa2 lagi la...

 
Dafiy yang demam dan tak berapa sihat... asyik merenggek je... (boleh buat alasan nak bermalas2 tak tolong ni...hehe... eh Mummy tak macam tu tau, Mummy tetap tolong gak)

Hah nampak ni, bukti bergambar Mummy buat kerja gak... hahaha. Tolong susun hidangan pengantin je, yang masak semua Mak Lang... masa orang sibuk masak hidangan pengantin Mummy sibuk beli ikan masin kat Pantai Remis ngan Daddy dan anak2...bukan mengelat tau tapi kes kebetulan!!! Boleh gitu...

Pengantin sedang berarak... eh kenapa kepala pengapit yang teleng pulak yer???

 
Apalah Daddy buat sampai si Dafiy tu meraung, jenuh Mummy pulak nak kena pujuk bujang kecik ni...

Gambar ni taken by Dafiy...

Susah betul nak ambik gambar si Dania kali ni, dia sibuk main anak ayam dengan sepupu2nya. Anak2 ayam tu dimandikan lepas tu dilap, rasanya esok lusa Pak Su akan terjumpa bangkai anak ayam 3-4 ekor tergolek kat laman kut dikerjakan budak2 ni... Si Daniel & Daish merengek2 nak bawak balik anak ayam sorang seekor, di akata boleh bela kat belakang rumah ... sabar jer la ... tak habis masalah dengan hasial buangan kucing mendatang ni nak tambah hasil buangan ayam pulak!

Dalam pukul 3pm Mummy dah start kemas2 kain baju dan kerah anak2 Mandi, petang ni gak balik ke KL sebab Mummy kerja hari ni. Anak2 memang liat la nak mandi masing2 tak puas lagi membuli anak2 ayam. Lepas Asar kul 4.30pm Mummy pun bergerak balik ke KL. Biasalah macam sabut hanyut, Daddy ajak gi pusing2 ke Lumut dulu, Mummy ok je.... sampai je area Jeti Lumut start hujan la pulak dan memang ramai orang. Pusing 2-3 kali gak la nak cari parking. Mata Mummy memang dah melilau2 jer la teruja tengok sotong kering dan ikan masing bergantung2an melambai2 suruh Mummy beli... heheh.

Nak jadikan cerita pulak tima dah nak turun kereta tu kan si Dafiy muntah kat Mummy la pulak, Bayangkan sebotol susu yang baru diminumnya terkeluar semula betul2 kat peha Mummy, bukan setakat kena kat baju dan seluar jer tapi kat seluar kecik pun kena gak... huhuhu. Terbantut dah nak shop2, so carilah tempat nak cuci muntah dan tukar baju. Last tukar baju kat petrol station jer dan nasib baik opposite petrol station kat Lumut tu ada gak kedai jual hasil2 dari Pangkor ni, so dapat lah gak buat amal jariah menderma kat tokew kedai ni. Apa yang Mummy beli? Jom layannnnnnnnnnnn

Seekor ikan masin talang bersaiz XXXL... Seekor almost 2.7kg. Ikan ni Mummy beli kat Pantai Remis. Isi dia ni potong nipis2 dan gorreng ngan bawang. Tulang temulang dia buat masak lemak ngan nenas or kari dengan nenas pun sodap!!! Petua untuk kurangkan masin ikan masin... rendam ikan masin dalm besen yang diisi garam (kalau dapat garam lasar tu lagi bagus) dan juga surat khabar lama. Cam tak percaya jer kan, dah lah ikan  masin tu masin ni nak rendam ngan garam lagi mesti algi masin kan.... emmm dulu Mummy pun fikir cam tu gak tapi bila dah buat rupa2nye  betul petua tu... masin2 kat garam akan terserap kat surat khabar tu

Sotong kering (nasi lemak sotong kering...terbaekkkkkkkkkk) dan keropok ni beli kat Lumut

Ikan kering dan ikan pekasam (Daddy sorang2 je la makan ikan pekasam ni...). Selain dari ikan2 masin ni ada gak ikan kering yang Mummy beli. Eh ikan masin ngan ikan kering tak sama ke? Ada beza la beb ikan kering tu ikan yang dikeringkan dan dia tak masin atau kurang masin dan kalau yan gikan masin tu kompomlah masin kan....

Geram dengan ikan bilis yang cantik2 dan bersih2 kat Lumut ni. Rasa nak beli banyak2 je. 3kg ikan bilis berbagai jenis. Ada ikan tamban kecik2 tu... goreng letak bawang sodap...Ada ikan tamban kecik2 sedapnye goreng panas2 campur bawang ...

Udang kering... untuk perencah sayur or nak buat mee bandung nanti... kat Pantai Remis sekilo RM45 (mahal beb!!!) so Mummy beli 300gm je... kat Lumut lagi mahal RM55/kg tapi saiz dia besar sikit dan memang nampak baru2 ya amat...

Untuk makluman suami dan anak2 ku sekelian, sepanjang dua bulan ni kita akan  makan berlaukkan ikan kering dan ikan bilis je ye...

Mummy sampai rumah pukul 12:30 am, selepas singgah berhenti makan dan tidor di beberapa R&R.... rasanya ini penutup cuti2 untuk 2010 kut... lagi 2 minggu dah nak sekolah. Eh lupa pulak minggu depan ada lagi cuti2 Malaysia... kali no cuti ala2 homestay kat Hj Omar & Hjh Amanah Resort... penyertaan rasanya dah melebihi 2/3 (dah boleh dapat majoriti ni kalau nak buat apa2 keputusan... heheheh).

Oklah kita jumpa kat 83500, pada yang tak dapat balik tu tunggulah n3 dan lintas langsung yang akan dibuat oleh crew2 bertugas.... tungguuuuuuuuuuuuuu

Eh lupa pulak nak wish. Untuk Kak Chik dan pasangan (tak tau nama apa), Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat (ucapan skema kannn..heheh)

4 comments:

  1. Apa lak ko x jumpa tandas awam kt Lumut blkang bas2 xpress tu je....bersih gitu!

    ReplyDelete
  2. kalau takat angkat ayam goleh untuk ambik gambo bukan menolong namanya.Ikan2 bilis tu kalau dh terlebih stok bawak2 le blk kg. "AYAM GOLEK IKAN SEPAT>>SAPE BALEK DIA DAPAT.

    ReplyDelete
  3. Anonymous - memang ada tandas awam tapi parking penuh kat situ, dah pusing 2-3 kali pun tak dapat parking dekat2 tandas tu, so terpaksalah pegi cari tandas kat petrol station

    Mama Janet - Tolong gak tu namanya, berat tu ayam golek ... hehhe... Eh Mummy cuma tak tolong masak tau tapi bab2 menghias dan menghidang tu Mummy buat.... kan Mak Lang kan!!! (macamlah Mak Lang maca blog Mummy n i... hehhe)

    ReplyDelete
  4. haha saja2 google abg mat n kak mon..kuar plak blog ni..hahaha

    ReplyDelete