Wednesday, April 21, 2010

Malang ada bau ke tak?

Orang kata 'malang tak berbau' betul ke malang tak berbau ya. Ntahlah... pagi2 ni on d way gi opis Mummy terjumpa satu kemalangan. Lori besar bawak kontena dah terbalik. Berlaku kat selekoh (selekoh yang dah macam  round about) dari Kajang nak ke Serdang. Masa Mummy lalu kun2 amaran baru jer dipasang. Rasanya lori ni tak berlanggar dengan sesiapa tapi tergolek sendiri kut sebab tak ada kereta lain pun. Cuma mungkin tank lori tu bocor kut sebab kat jalan memang ada kesan tumpahan minyak...dan memang berbau minyak masa lalu situ.

Mummy rasa sure jalan ni akan ditutup bila crane nak tarik lori ni nanti sebab jalan tu cuma dua lorong je...


Keadaan lori yang terbalik

No comments:

Post a Comment