Monday, April 12, 2010

Ho Chi Minh Trip :Part III

Busy sikit la so lambar buat sambungan n3 trip ke Ho Chi Minh....

4/4/2010 (Ahad)


Seawal 4.30am Mummy dah terjaga. Bising sangat bunyi motor dan hon motor.Bila dah terjaga memang dah tak boleh nak tidor balik. Golek2 je la atas katil. Hari ni nak banyak tempat2 nak dilawati. So pulul 7.30 am dah nak bertolak. Sebelum tu g breakfast dulu kat cafe.

 
Breakfast ulangan macam semalam. Roti bakar dan telor mata kerbau.

 
Buah2an dan sayur2... cam dah jadi kambing la pulak... nasib baik tak mengembek!!!

 
 
Muka2 sedih sebab tak dapat nasi lemak dan roti canai untuk breakfast....huhuhuh

Apa kata ngkorang makan he bunga rose ni???


Biasalah kalau dah pergi berjalan ala2 rombongan Cik Kiah mesti ada xtvt tunggu menunggu walaupun time has been set...hehhe... nakbuat camana. So sementara tunggu semua orang ada apa nak buat lagi...snap2 la...pandai pun!

 
 
Dafiy in actions....

CU CHI UNDERGROUND TUNNEL

Terowong bawah tanah sepanjang 250km dibina oleh gerila semasa Perang vietnam. Dibina menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Terowong ni ada 3 peringkat ke dalaman dan dibina secara berpusing2 dan bukan dalam garisan lurus. Tujuannya untuk mengelakkan kemusnahan maksima sekiranya dibom. Terror gak dia orang berfikir zaman tu ye. Rekabentuk dalam terowong memang complex dan ada function yang tertentu untuk aktiviti harian. Ada dapor, ruang makan, meeting room, hospital, operation theater, toilet, air raid shelters, bengkel, stor dan escape route (untuk larikan diri tembus hingga ke sungai). Smoke vent pun ada so kalau dia orang masak dalam tunnel tu, asap yang keluar akan diarahkan ke lokasi yang jauh dari tunnel so musuh tak dapat nak direct attack mereka. Saiz tunnel ni memang kecil dan dibina ngam-ngam saiz  askar2 Vietnam. So kalau ada askar Amerika dan Australia masuk dalam terowong tu memang sempit dan pergerakan mereka mesti slow... bijak2 orang Vietnam ni... ini bukan journal sejarah ye ... sekadar share some info pasal Vietnam War. Boleh ambik pengajaran macamana kebijaksanaan dan kekretifan (ada ke perkataan ni ye...heheh) akal fikiran boleh menewaskan kecanggihan teknologi.... finally dia orang menang... nak tau lagi tentang Vietnam War ni tanya la Uncle Google... jomlah tengok gambar2 Mummy kat Cu Chi Tunnel ni...

 
Kiri - Entrance ke kawasan tunnel
Kanan - Balai tayangan video...

3D model rekabentuk tunnel... tunnel tembus sampai ke sungai sempadan Cambodia.

Bom tangan, periuk api dan bom apa ntah yang bawah ni...

 
 
 
Antara berbagai jenis perangkap cum senjata yang askar Vietnam buat untuk memerangkap dan membunuh musuh... semua guna batang besi runcing... klu tertusuk tu memang selamat jalan romeo la...

 
Kiri - Cara gerila Vietnam mengali terowong secara manual.
Kanan - Tanah yang dah digali tu akan diangkat keluar menggunakan bakul yang diikat pada tali.


 

 
Kiri - 2 mamat di tengah buat sandle @ slipar daripada tayar lori terpakai. Bayangkan tayar lori tebal dan beesar gedabak tu dipotong guna pisau je.. so dulu2 dia org nak pakai slipar buat je sendiri
Kanan - 'Askar gerila' sedang bersantai2... kalu dulu dia org duduk melepak sure masing2 dah hancur kena bom..hhhee

'Askar gerila' terkecil ....

Disediakan satu area untuk sesiapa yang teringin menembak atau pasang bom...tak ingat berapa dia charge...

 
 
Now you see...now you don't. Hiding hole saiz 'xs'... tak berani Mummy nak masuk... sure tak boleh kluar sebab tersangkut...hehhe

 
 
'Pengalaman mahal' melalui terowong sebenar. Keadaan kat dalam memang gelap gelita. Nasib baik member Mummy kat belakang camera dia ada lampu so nampak la cahaya sikit2. Pas tu bukan boleh berdiri pun, terpaksa jalan mmbongkok @ merangkak. Masa ni Mummy bawak beg sandang so asyik tersangkut beg je... kita orang tak tau berapa panjang terowong yg nak dilalui ni. Memang skit lutut betul. Ni kira ok kan sebab boleh jalan lambat2 dan berhenti rehat kejap tapi bayangkan orang vietnam dulu dia orang lalu terowong gelap ni dalam keadaan rushing, dengar bunyi bom, anak2 menanggis...wahhhhhuaa kesian... nasib baik terowong yang kami lalu ni ada exit dalam jarak 20M... tu pun masing2 dah berpeluh2....

 
 
Masa mummy dan daddy masuk terowong ni si Dafiy duduk ngan si Mr Hai.Nasib baik dia tak menanggis.

 
Dapor dan meeting room

 
Bilik bersalin dan bengkel...

 
Kiri - Cara tradisional untuk menukar padi menjadi beras...
Kanan - Batu mengisar beras untuk dijadikan tepung beras

 
Kiri - Awak kat atas tu tengah buat 'rice paper' atau cam kulit popiah.
Kanan - 'Rice paper' sedang dikeringkan

 
Terowong dan hiding hole dimana2...

 
 
Kesian mamat ni kan... bertahun dia tulis surat nak hantar kat family dia...tapi tak siap2...

 
Awas kau!!!!

Macam2 aksi depan kereta kebal...
 
Galeri yang mempamerkan senjata dan bom2 sebenar peninggalan zaman perang

Mainan2 kat atas ni dibuat sepenuhnya menggunakan tin2 dan botol minuman... cantikkkk

Lawatan ke Cu Chi Tunnel diakhiri dengan jamuan ubi kayu rebus cicah kacang tumbuk (dalam hati kata kalau ada sambal ikan bilis kan sedap...hehehh) dan teh cina. Dah tengahari perut lapar ubi rebus ganyut pun tibai jer..


Dari Cu Chi Tunnel kami balik semula ke HCMC. Perut masing2 dah berkeroncong nyanyi lagu rock. So terus gi lunch. Hari ni kami lunch kat restoran Melayu, Four Season Restaurant. Jom layan menu hari ni...

Apalah menu hari ni yer?

 
Sambal belacan tak pedas dan ulam timun dan nenas.

 
Keropok udang dan asam pedas ayam.

 
Ayam berempah dan sambal telor.

 
Sup sayur dan sayur goreng.

 
Nyum...nyum...nyum...

Perut dah kenyang ni... Dafiy nak pi jalan2 lah. Sapa nak ikut?

Lepas lunch kami melawat Pejabat Pos Besar. Cam mengarut jer kat gi melawat Pejabat Pos...nak pi pos surat ker? Hehhe... Bangunan Pejabat Pos dengan rekabentuk Colonial Peranchis ni merupakan salah satu land mark penting kat sini. Pejabat Pos ni bertentantangan dengan Notre Dame Cathederal.

Dihadapan Pejabat Pos besar. Dibuka 7 hari seminggu.


 
 
Dalam kawasan pejabat pos.

 
 
Kat sini bukan setakat nah hantar surat, bungkusan, beli setem je tapi banyak kedai2 soviner dan jugak setem utk kenangan. Money changer pun ada gak.

Ntah apa2 Mummy posing ni...

 
 
Di hadapan The Notre Dame Cathedral, typical Gothic Structure disiapkan oleh Peranchis pada 1883.


Dari Pejabat Pos dan The Notre Dame Cathdral kita orang gi melawat Reunification Palace (sebelum ni dipanggil Independence Palace atau Dinh Thống Nhất dalam bahasa Vietnam. Isatana ni dulunya kediaman dan pejabat rasmi Presidents (the former South Vietnam government) tetapi sekarang dijadikan museum.



 
Terlalu banyak bilik2 rasmi dalam istana ni... Mummy tak pegi tengok setiap bilik sebab dah penat sangat. So Mummy lepak kat luar istana sementara tunggu yang lain2 habis melawat2.

 
Taman dalam istana...


 
 
 
 
Berbagai2 function room dalam istana ni... tak larat nak pi tengok semua... tapikan perabut dia mostly memang dari kayu la... nampak klasik kan...

 
Agak2 kalau letak lampu ni kat hall rumah Mummy berapa la bil letrik nak bayar tiap2 bulan yer....heheh



Peninggalan kereta kebal dan jet yang diguna masa perang vietnam. Katanya, ini lah kereta kebal yang digunakan untuk merempuh pagar Reunification Palace ni dan menyebabkan perang vietnam tamat.


 
 
Persekitaran istana dikelilingi oleh banyak pokok2 lama, kira cama ala2 Hutan Bandar kat Jb kut...

Dari Reunification Palace kami pi masjid dulu untuk solat. Hari ni masjid lain pulak kami solat.

 
 
Masjid ni dibina pada 1935. Terletak dalam deretan kedai2 dan berdekatan dengan Sheraton Hotel.


Lepas solat kami jalan2 kat HCM...keluar kedai masuk kedai, posing kat bangunan2 yang cantik2 design dia sampai kaki kejang...hhh...

 
Antara berpuluh2 'patung 18SX' yang ada tengah2 bandar HCM

 
Lagi historical building...

Last destination petang ni kat Ben Thanh Market untuk sambung shopping sesiapa yang tak shopping lagi semalam... jom kita tengok apa yang ada...

 
Kopi dan kopi di mana2...berjenis2 pulak tu... lalu kat sini bau sedap jer kopi tengah dikisar... ni kira ole2 wajib dibeli la...

Badam, gajus, pistachio, kuaci, lotus seed melambak2 dijual dan harganya memang kategori murah la kalau dibandingkan di KL. Kerepek2 pun banyak terutamanya kereprk nangka dan pisang. Kerepek nangka dan pisang digunakan vacum process untuk keringkan dia. Dia gunakan nangka dan pisang yang dah masak...so memang rasa asli la.. tak der berminyak2... ni pun kira jajan wajib gak la... kalau nak rasa datang la rumah Mummy ... malas la nak pi hantar... hhheeee

 
Lorong2 sempit di antara kedai di dalam Ben Thanh Market

 
Kain... kain... dan kain...kena bargain at last 50% tau... sure dapat punya la... Mummy beli table cloth embroidary...gila dia letak harga 480,000 VDG (RM96) untuk 8 seater... kalau harga cam tu baik Mummy beli kat KL tak de la berat nak memikul, pas tu Mummy mintak 200VDG (RM40) dia tak bagi... pas tu nego2 lagi finally dapat gak harga 240VDG (RM 48)... hah kan 50% tu...

 
Shopping kat sini terasa cam shopping kat Pasar Payang  Terengganu or Pasak Siti Khadijah Kota Bahru je... asyik berlaga bahu ngan Malaysian jer...

 
Camana la Mummy nak shopping dah kena 'bawak handbeg besar' ni .... hhhehehe

OKlah dah penat seharian berjalan2 so sebelum balik hotel kita makan dulu............ dinner kat Tandor Restoran lagi..

Cam dinner ala2 romantik kan... hehhe

 
Hiasan bunga sempoi menambahkan unsur2 keromantikan ...hahaha...

 
Fries dan tandori chicken

 
Jelatah dan nasi braini gam

 
Yang kiri tu tak tau apa tapi rupa cam coleslaw KayEfCi (cuma cair)
Yang kanan tu kari udang.

 
Roti nan dan mehoon goreng

 
Kacang boncit buncis + sotong goreng dan mixed fruit

Lepas makan balik hotel... aduh mak penatnye....kaki senggal dan lengguh ni... lepas mandi Mummy kemas2 barang sebab petang esok dah nak balik. Lepas packing gi foot massage kejap....zzzzzzzzzzzzzzz... to be continued!

4 comments:

  1. aduh... penat le aku g melawat blog ko kali ni, sume aku tengok tapi satu aja yang tak nampak jajan2 yang ko beli, kok aku terlepas pandang tak... tak pe la nanti ulang tengok lagi sekali

    ReplyDelete
  2. Akak Anonymous - ini Lawatan Sambil Belajar cam zaman s kolah dulu2 ...) so xtxt shopping2 dan jajan2 memang tak masuk dalam list... hahah.... korang tengok jer gambar2 ni ... walaupun korang tak pegi tapi dah nampak apa ada kat sana kan...hihih

    ReplyDelete
  3. Best..tengok banyak gambar...! Insya Allah kami juga akan ke sana jugek nanti kira2 pada 15 Oct 10 nanti.

    ReplyDelete
  4. norzie ... jgan lupa borong segala macam kacang yg tersangatlah murahnye.... halal food susah sikit ...

    ReplyDelete