Friday, April 23, 2010

Indahnya kenangan itu ...

Kring...kring...  (bunyi telefon zaman dolu kala la... sekarang ni bunyi dah macam2 sampai tak terfikri dek akal fikiran....)...

Emak - Hello... ngko kat mana?
Mummy - Kat rumah mak baru nak masak.... bla..bla...bla...
Emak - 'Sekian' hari bulan ni kan ada cuti umum, balik kampung ke tidak? Kan dah lama tak balik kampung (walau 3-4 minggu sebelum tu dah balik kg...) .... bla...bla...ayam kampung ... kopi... bla... biji ranti ...bla ... surau baru .... bla... abah ... motor ... bla...bla...
Mummy - ok mak Assalammualikum....

Itulah emak Mummy (atuk), masa emak abah ada lagi dan duduk kat kampung emak memang rajin telefon anak2. Setiap hari mesti dia akan telefon anak2. Anak ada sembilan so dia akan buat rotation... yang kita orang ni kekadang belum sempat nak telefon, dia dah telefon... dan abah selalu bising kat emak sebab bil telefon kat kampung tu tinggi.... rasanya boleh kira kut berapa kali abah yang telefon kita orang. Kalau kita orang telefon pun abah cakap sekejap dan cepat2 jer.. kalau emak memang lama la.... dan panggilan telefon emak semakin kerap bila ada public holiday.. walau pun emak tak sekolah tinggi tapi emak tau bila cuti itu bila cuti ini.... emak akan telefon tanya balik kampung ke tidak, balik kg berapa hari, sampai kg pukul brapa... dll... sekarang ni no telefon kat kampung dah dipotong pun 07-421 2741 tinggal kenangan la nombor tu sama seperti emak dan abah yang tinggal kenangan je dalam hati kami semua.

29/6/2010 Emak 5th Anniversary & 2/8/2010 Abah 7th Annivrsary


Kenangan emak & abah kat Pulau Labuan

Emak dan abah di kaki Gunung Kinabalu. Masa ni Mummy temankan emak dan abah visit Yin yang masa tu mengajar kat Lawas Sarawak
Gambar ni diambil tahun 1987. Emak duduk bawah pokok rambutan depan rumah. Nostalgia betul kerusi batu tu... kalau petang2 kat sinilah kami lepak2 selain dari duduk2 kat pondok tepi jalan sementara mnunggu waktu maghrib. Sekarang tembok dan pokok rambutan tu dah tak ada. Pokok rambutan tu dah ganti dengan pokok kuini.

Gambar tahun 1987 juga. Abah 'bergaya' atas motor. Tu baru balik dari kedai atau PS la. Tengok tu setandan pisang tanduk dibelinya untuk anak2....


Pejamkan mata, kosongkan fikiran dan dengarkan lagu Ayah & Ibu (Sudirman) dan Kasihnya Ayah &Ibu (Sharifah Aini) .......pasti akan mengalir titisan air mata mengenang jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang tersayang.

Selalu layan lagu2 cintan kali ni jom layan lagu2 ni...
Kasihnya Ibu Versi Sharifah Aini
Mawar Putih Buat Mama Versi Sharifah Aini
Ummi - By Datuk Shake
Oh Ibu by EXIST
Ummi By Ahmad Wabour (lagu arab tapi ada english translation dalam video clip ni)
Buatmu Ibu - Aeman
Ayah - Aeman
Ayah Ibu - Album Anak2 Jalanan
Ayah Bunda - lagu Qasidah & Gambus
Ayah Ibu Nasyid By As-Saufee
Ayah - lagu Nasyid
Ummi - Hadad Alwi

Dah dengar lagu jangan pulak lupa 'hadiahkan sesuatu' untuk emak dan abah yang telah pergi lebih dahulu dari kita. Untuk teman2 blogger yang melawat blog mummy ni (ada ke???...hehh) yang masih ada emak dan abah lagi hargailah mereka ... ketiadaan mereka nanti memang akan dirasai sangat!



7 comments:

  1. ahhhh terharunya entry ni. Rindunya kat Emak & Abah. Teringat dulu mama selalu cakap ngan mak, mama aje yang mak jarang call sebab mama yang akan lebih dulu call mak. Setiap hari memang hadi habit akan call mak, so bila tengok dalam bil tepon no mama memang jarang ada. So mama ni kira mewarisi mak kot sebab suka bergayut kat tepon.

    ReplyDelete
  2. Aku ingat lagi kain batik yg mak pakai tu pemberian dari aku. Aku bli kat Langkawi,itu lee kali pertama ke sana, di takdirkan umur aku panjang bot yg sepatutnya kita org naiki ke Pulau Dayang Bunting plancung dr S'pore potong trip lastnya kita org mengalah. Kul 1.45 ptg bot tu karam sbb lebih muatan,ramai yg mati lemas hanyut sampai ke P.Beras Basah,kesian mak kt kpg x senang duduk bila dngar berita kt radio,kak nor lak masa tu blk kpg asyik takut2kan mak tunggu ada ven polis dtg bawak berita dr pulau lagenda ke x.Alfatehah utk mak n abah

    ReplyDelete
  3. Gee... gambar-gambar tu tak leh nak copy ye... aku nak printla...

    ReplyDelete
  4. Yin - Gambar2 tu hak milik aku ... hahaha... nak copy bak mai satu gambar RM20.... hahahahha.... nantilah orang email kan gambar tu. Kat blog Mummy ni memang Mummy disablekan right click sbb tak nak org copy gambar2 yang ada ... (ada ker orang nak copy??? perasan betul Mummy ni.... hehheh)

    ReplyDelete
  5. rindunya pada kenangan lalu kalau masa boleh diputar kembali alangkah indahnya....

    ReplyDelete
  6. Tetiba je menitik air mata ni....
    Alhamdulilah mak & abah ada lagi setiap bulan x penah mis bg diorg duit....
    Al-fatihah bt paren kak gee

    ReplyDelete
  7. tak dea yang lebih bermakna sekarang nie bagi emak & abah melainkan doa2 kita semua moga mereka aman damai di "sana".....alfatihah...

    ReplyDelete