Thursday, April 8, 2010

Ho Chi Minh Trip : Part II

g3/4/2010 (Sabtu)


Malam Mummy tak boleh tidor, kejap2 terjaga je. Pukul 5am Mummy dah bangun. Subuh kat sini pukul 4.30am dah masuk. Perbezaan masa dengan M'sia, kita sejam awal. So 4.30am kat HCM kira cam 5.30am kat KL la...


Kul 7.30am turun breakfast kat cafe hotel je. Menu apa breakfast? Macam2 menu ... nasi goreng ada, meehoon sup ada, bubur nasi ada...dan lain2... tapi apa yang kami makan? .... hihih... ni je


 
Telor mata lembu, jagung rebus & brokoli steam

 
Fruits & carrot juice untuk Dafiy...

Lepas breakfast gi tour. So sementara tunggu orang ada apa lagi snap2 lah dulu...hehehhe... jangan la bosan pulak ye... layanzzzzzzzzzzzzzz 

 
 
Tudung purple antara tudung buy 1 get 1 free yang Mummy baru beli kat Ariani Bangi.... dah dapat gold membership Ariani pun ... hehhe.... boleh jadi duta Ariani tak??? Kalau Ekin Mawi nampak ni sure tercabar dia ...hahhah (perasan...betul...)... tawaran istimewa untuk kakak2ku... since Mummy rasa ada masih ada offer lagi lat Ariani...Mummy belanja uols sorang selai yer (ganti ole2 dari HCM... boleh gitu???)... sila sms warna yang dikehendaki sebelum 2.00 pm.. sms lewat tidak akan dilayan...tudung plain seperti di atas je tau... tak ada tawar menawar untuk kenen tudung2 bercorak yang lain yer...

Alah comei...comei...

Destinasi pertama hari ni gi ke 'The Statue of Jesus' yang terletak di Nui Nho Mountain. Mr Hai (tour guide) kata, untuk panjat naik sampai ke puncak akan ambik masa dalam 30 minit... tapi kalau jalan ala2 Mak Limah gi pasar 2 hari 2 malam tak sampai lagi kut....(ini Mummy yang tambah la bukan si Hai yang cakap)...heheh...Mak aiii nak kena panjat bukit ke ni... cam malas je nak naik. Tapi tu la, daddy kata dah datang jauh2 tak kan tak nak tengok sampai atas pulak...

Tengok tu tingginye Mummy nak kena panjat...

Posing dulu kat entrance sebelum 'pancit'...

 
 
Asyik berhenti je ntah bila la nak sampai ke puncak ye... penat you...

Pemandangan dari atas bukit ni memang cantik, apatah lagi ada dua model kat atas ni yang handsem dan cun.....hahah.... nak muntah? Pi jauh2 nanti kena orang....

Hah kalau banyak duit boleh la bagi donation ... pas tu adalah kerusi yang tulis nama kita...tak kuasa....


 
 
Lagi pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan ke puncah bukit...

Wow! Finally selepas singgah di 7 hentian (lebih dari tu ....) akhirnya sampai juga ke puncak....bravo...bravo...Dafiy... tak malu kan Dafiy ada orang yang gagah perkasa tapi tak larat nak sahut cabaran panjat bukit ni... sapa dia orang????

The statue is 30 m high and was built in the early 70's. The statue is hollow. The inside is illuminated by light coming from 6 windows, 3 in the front, 3 in the back, that are shaped like the chinese character Tho (longevity). A spiral stair of 129 steps leads to the head. This is the largest sculpture in the South of Vietnam...(translate la sendiri ye... heheh). Mummy sampai kat puncak bukit ni tapi tak panjat sampai atas statue ni...

 
Kat puncak Bukit Nui Nho...

 
Time untuk turun sekarang.... Dafiy dah kepenatan, so kenalah dokong dia... berpeluh Daddy....

Kumpulan Perkasa BO**I yang setakat menunggu di kaki bukit jer... malay je la ngan Dafiy... hahahahah

Dari The Statue of Jesus gi melawat White Palace (Bach Dinh) atau Bach Dinh Palace. Local people panggil Red House sebab bumbung istana tu warna merah kut. Istana ni dibina oleh kerajaan Peranchis dari tahun 1898 - 1916, digunakan sebagai tempat percutian French Governor General Paul Doumer. Selepas tu digunakan pula oleh beberapa gabenor yang terkemudian sebagai tempat percutian juga...wow cam belajar sejarah pulak kan...hehehhe

 
 
Istana ni terletak di atas bukit dan menghadap laut.. aduh penat panjat The Statue of Jesus tak hilang lagi nak kena memanjat lagi... rasanya turun kut berat badan 2.5gm hehhehe...

  
Crew tengah shooting ntah untuk drama ke apa ntah...

 
Ni la entrance ke istana... sila la ye jangan malu2...

Jom kita tengok apa ada kat dalam istana ni...

 
 
Bilik beradu dan ruang tamu utama...

 
Merasa duduk kat kerusi yang gabenor duduk.... buatlah macam istana sendiri ya...

 
Dalam istana lagi...

 
Lorong misteri di tingkat dua...


 
 
 
Pandangan dari dalam istana ... dalam istana ni tak payah kipas pun tak apa sebab angin laut tersangatlah kuatnye...

 
Kipas 2 blades dan lampu antik....

 
Terowong rahsia ni terletak di hadapan istana. Digunakan sebagai jalan rahsia untuk melarikan diri sekirnya diserang. Terowong ini sampai ke jeti atau pelabuhan.

 
Lepak2 kat depan istana...

Nak naik cable car boleh gak ...

Dari White Palace pergi ke Whale Temple. Lang Ca Ong (Whale Temple). Whale Temple ni adalah kisah lagnda kunun2nya ada ikan paus yang melindungi kapal dan anak2 kapal daripada diserang. So kat dalam temple ni ada tulang-tulang paus yang sangat besar dipamerkan dalam bekas kaca.

 
 
Temple ni tak de la besar sangat....

 
Lagenda tulang paus....

 
Tak dapat jagung PS dapat makan jagung vietnam ni sodap gak....

Dari Whale Temple terus balik ke hotel untuk mandi2 dan check-out. Barang2 semua malam tadi Mummy dah kemas.

Bye2 Vung Tao...

Masa ni masih maintain dengan 1 beg lagi ... kira beg belum beranak lagi la...heheh

Lepas check-out terus gi lunch... perut lapar ni... al maklum penat panjat bukit tadi...tak ingat apa nama seafood restoran kami makan ni, dah lapar sangat sampai tak ingat nak snap. Jom tengok apa menu lunch hari ni....

Reserved table setia menunggu kami

 
Kiri - Bawang putih cincang, kicap dan sili potong untuk sapa yang nak pedas
Kanan - Sup sayur campur

  
Kiri - Ikan siakap steam
Kanan - Tauhu masak sos

  
Kiri - Sotong bakar
Kanan - Ketam bakar

 
Kiri - Shrimp spring roll
Kanan - Telor dadar... menu wajib

 
Tauge dan sawi goreng...

 
Buah longan saiz 'XS' dan chinese tea

Menu paling sedap dan selamat....serunding daging... yang ni Mummy bawak dari KL... emmmm sedapnyeee!!!

 
Makan-makan semua...bismillah...

Time orang makan si Dafiy layan mata... penat kut memanjat dan banyak berjalan tadi...

Lepas lunch pergi semula ke Ho Chi Minh City. Macam perjalan masa datang perjalana masa balik ni pun tersangatlah lamanya Mummy rasa... jarak 120KM je tapi ambik masa hampir 4 jam.... tak bercinta ke namanye tu... hehheh


On the way balik ke HCMC singgah di Long Thanh Fruit Market. Dah nama pun fruit market so memang banyak buah la dijual kat sini...jom tengok kut ada benda2 ganjil kat pasar ni...

 
Kawasan pasar buah di kat kawasan terminal bas.

 
Wow nangka yang berbagai saiz dan rupa. Ada nangka ori dan ada nagka kacukan. Makan nangka tapi rasa cempedak... sekilo RM4

 
Yang kiri ni buah epal  vietnam... rupa bentuk dia cam lemon. Ada la pulak orang mengidam nak makan durian. Durian2 semua saiz 'XXL' ala2 durian siam so Mummy tak suka la.

 
Ni pulak Love Fruit @ Buah Cinta. Kalau tak silap Mummy kat Cameron Highland pun ada jual buah cinta gak kan tapi lain sikit rupa dia...


Kemudian singgah pulak di Handicapped Handicrafts. Pusat kerjatangan untuk orang-orang kurang upaya. Produk utama adalah perhiasan dan lukisan berasaskan kulit telor.


 
Mamat ni explain proses pembuatan kraftangan ni..

Kulit telur berbagai saiz..semua proses secara manual..

Dua2 pompuan ni mengalami kecacatan pada kaki... tekun betul dia orang kerja dalam suasana yang berabuk dan sangat panas...

Cantikkan tembikar ni dah dihias ngan kulit telor...

Yang ni pun cantik gak... harga barang2 kat cini memang lebih mahal dari yang dijual kat luar waluapun barangan tersebut dibuat di sini gak. Ada yang mencecah USD2K pun ada.

  
Sama tapi tak serupa....

Dari Handicapped Handicrapt kami singgah ke masjid dulu untuk solat jamak. Ada 9 buah masjid di dalam bandar HCM.

 
Masjid ni terletak dalam kawasan rumah kedai.

Lepas solat pergi ke Ben Thanh Market @ kedai membeli belah utama di HCM. Disebabkan badan dah penat so Mummy macam tak ada mood nak bershopping hari ni. So setakat jalan2 dari satu kedai ke satu kedai tapi tak beli apa pun lagi. Tak apa esok lusa boleh datang lagi.

 
Ni la dia Ben Ten Thanh Market...

 
Kat pasar ni penjual dia suka main pegang tangan je nak suruh kita stop dan beli kat kedai dia. Tak kisah lelaki ke pompuan semua dipegang tangan. Ada gak la penjual yang kena sound ngan ahli rombongan Mummy dek adegan suka pegang2 tangan orang ikut suka ni...hahah...

 
Kain...kain...dan kain... rasa cam berjalan2 kat Pasar Payang or Pasar Siti Khadijah la pulak sebab ramai sangat Malaysian dan penjual pun ramai yang pandai cakap Melayu.


 
Sementara tunggu yang lain2 bershopping Mummy ngan Daddy pi pekena air kelapa..USD1 sebiji.Daddy pun cam tak percaya je Mummy tak beli apa2 pun...huaaaa hantu mana yang dah mencuri semangat dan mood Mummy untuk bershopping ni....!!!!

Dari pasar Ben Thanh sebelum pergi ke hotel untuk check-in kami gi dinner dulu. Dinner malam ni kat mana yer? Makan apa ye?


Legaaaa.... makan kat Tandoor Restaurant...

 
Sabar menunggu ketibaan makanan.... dalam kepala masaing2 mesti fikir apa lah menu malam ni....

 
Sambal telor... yang kanan tu apa ha nama dia, alah yang selalu kedai mamak hidang untuk cicah ngan roti nan tu...

 
Udang masala dan vege salad

 
Fish fillet dan udang sambal

 
Roti nan dan bendi masak apa ntah

 
Nasi  goreng dan buah2an

OK masing2 perut dah kenyang...apa kata kita posing dulu sebelum g ke hotel???

 
 
Posing jangan tak posing

Mummy suka gambar ni...



 
4 aweks cun menyambut kami di muka pintu hotel... ingatkan dia orang to flowergirls...hehhee

Bila dah mandi semua barulah badan terasa sengal2 dan sakit sana sini. Lepas gi ngeteh minum kopi Mummy ngan daddy gi foot massage. Walaupun dia tulit foot massage tapi dia urut gak kat bahu dan dan tangan. Oklah 200K VDG (RM40) untuk 45 minutes.

 
Rendam kaki ngan air suam bagi mati smua kuman2....hhehe....

Ni lah xtvt padat hari ke dua trip ni. Tunggu la untuk n3 seterusnya

5 comments:

  1. nice trip! gmbr2 pun dah mcm poskad dah...cantik!

    ReplyDelete
  2. Salam kak

    nak ytanye,,akak amek pakej ke gi hcm ni?

    ReplyDelete
  3. LadyBird81 - akak pegi ikut package... travel agent arrange kan semua

    ReplyDelete
  4. boleh tny..hotel brp ??? n stay hotel mna?

    ReplyDelete