Monday, April 26, 2010

Berbaloi-baloi



Cerita untuk dikongsi sama.... yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...

seminggu dua ni Mummy banyak terima email sedih2 jer .... kenapa ye... minggu sedih sedunia ke hah...

Antaranya cerita yang membuatkan hati sebak... sepasang suami isteri dah beberapa tahun kahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Mungkin Tuhan belum nak bagi rezeki. Tapi selain dari itu si isteri ni sakit, dr kata ada ketumbuhan dalam rahim so amat merbahaya kalau dia mengandung. Tapi sebab sayangkan suami (atau mungkin takut kena tinggal tebab isteri ni anak yatim piatu), si isteri ni sanggup mengambil risiko. Semasa kandungan berusia 7 bulan si isteri dah kena tahan di hospital. Masuk 8 bulan keadaan isteri semakin tenat ketumbuhan hampir pecah. Terpaksa bersalin awal secara operation. Selepas operation koma dan seminggu selepas tu meninggal dunia.

Baby perempuan yang comel tak sempat menatap wajah ibu tercinta. Beberapa bulan selepas isterinya meninggal si bapa kahwin lain dan pindah duduk di kota. Baby ni dijaga oleh atuk dan nenek dengan penuh kasih sayang. Si bapa balik pun jarang2 sekali menjenguk si baby. So bila dah jarang balik anak sendiri pun tak mesralah. Membesarlah baby perempuan menjadi anak dara sunti sekarang. Dianggapnya atuk dan nenek itulah ibubapanya.

Esok2 kalau si anak ni tak dapat menerima kahadiran bapanya janganlah si bapa ni nak komplen2 kat paper ke kat tv, mengadu anak tak nak jenguk dan anak tak nak jaga. Mungkin itu balasan juga sebab masa anak kecik dia tinggalkan anak cam tu jer. Tak terfikir ke sibapa betapa anak itulah yang ditunggunya selama ini dan bagaimana si isteri sanggup mengambil risiko dengan mengandungkan anak tersebut....yang akhirnya membawa kepada kematiannya (memanglah sudah takdir dan ajalnya tapi semuanya bersebab)... berbaloikah pengorbanan si isteri ini? Al-fatihah untuk beliau dan semoga anak ini menjadi insan yang berguna.

2 comments:

  1. apa yang kita buat itulah balasan yang akan kita dapat. Kalau nak tau bapa ni sekarang ni berbahagia dgn isteri baru dan anak2 nya...Kesian si dara sunti ni terpinggir kasih sayang bapa dan tak merasa kasih sayang ibu. Nasib baik datuk dan nenek ada.

    ReplyDelete
  2. betul...setuju. Apa yg diberi itu la yg bakal diterima..sebab tu la kalau anak kita cerewet dan buat kerenah masa kecik ni kita sabar je la... mana la tau esok lusa bila kita tua mereka pula terpaksa bersabar dgn kecerewatan kita dan menjaga kita dgn redha.

    ReplyDelete