Wednesday, April 21, 2010

Dengan jari pun boleh ....

Nak tanya  ni rambut uols jenis yang macamana asal usulnya? Kalau dulu kerinting tapi sekarang dah lurus sebab rebonding itu tak aci ye. Sekarang ni kan banyak betul le orang yang buat kajian (pemerhatian) cara-cara mengenali keperibadian seseorang melalui tarikh lahir, bulan lahir, hari lahir, bentuk rupa dan banyak lagi.Tak taulah betul ke idaknya dah namapun kajian jer...pada Mummy sekadar suka2 tu boleh la.. untuk percaya 100% memang tak boleh pakai... jom kali  ni kita kenali peribadi seseorang melalui rambut pulak... apa kata mula2 perati diri sendiri dulu sebelum perati orang lain.. lepas tu jangan lupa bagilah tau Mummy uols masuk dalam group yang mana?

  1. RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan (**)
  2. RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah di ri , tidak suka termenung
  3. RAMBUT KERENTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
  4. RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
  5. RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.(**)
  6. RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
  7. RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak la ri da ri pada masalah.
  8. RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
  9. RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usahakasik kusut rambut korang….)
  10. RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
  11. TIADA RAMBUT - (Botak) ..kesian
  12. RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN -itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn….. HEHEHEHE
Tapikan kalau orang tu asal-usul kejadian rambut dia kerinting gilos tapi sebab dah rebonding sekarang ni jadi lurus dan ikal mayang tu nak kira camana yer? hhheee... Mummy tergolong dalam kumpulan 1 dan 5... dan masuk sikit2 dalam kumpulan 10 (hihihi...)

Apasal Mummy buat n3 pasal rambut pulak kali ni ye? Mummy dah tukar profesion jadi hair stylist pulak ke...hehhe...alkisahnya malam tadi sementara tunggu Danny & Danish habis tution Mummy sudah pegi cuci dan potong rambut Mummy yang lurus panjang tu ... Rambut Mummy sebelum ni panjang dia boleh tahan lah... melepasi paras bahu tapi tak la sampai ke pinggang. Sekarang ni sudah pendek atas bahu... (tapi tak de la pendek ala2 tomboy style cam zaman2 muda remaja dulu...hihih...).  Lepas potong tu rasa cam comel dan cute la pulak dan yang pasti nampak lagi muda ... tu bukan Mummy cakap tau tapi comment ikhlas (macamlah Mummy boleh menelek orang ikhlas atau tak....????) dari danny dan daddy.... si Dania kata Mummy tak cantik macam budak2 sebab rambut pendek... Danish pulak 'tak ada perasaan' ... dia kata biasa je...sabar jer la ....

Antara fesyen rambut Lady-D yang menjadi ikutan dulu2 zaman dulu2...

No comments:

Post a Comment