Monday, July 13, 2009

Preparation for Dafiy's Bday Party cum House Warming

Lama betul Mummy tak update blog ni, selain dari sibuk dengan kerja, sibuk kemas rumah selepas pindah antara penyebabnya. Mummy dan Daddy plan nak buat kenduri doa selamat sempena harijadi Dafiy yang pertama dan masuk rumah. Seminggu sebelum tarikh yang dirancang mummy dan buat persiapan sikit2.

Walaupun majlis kecik tapi banyak gak benda2 yang nak dibuat. Bab remeh temeh cam ni memang Daddy tak masuk campur lah, dia involved dlm preparation lain.


Goodies/Party Pack mummy dah siapkan seminggu sebelum tu. Anak2 Mummy cukup rajin nak tolong, tapi biasa lah dia orang ni cepat jemu, buat sampai 10 pack nak berhenti, penat lah , ngantuk lah dan macam2 alasan lagi, lastnya tinggal mummy dengan mak su jer yang buat.




Sebelum decide untuk buat cupcakes sendiri mummy dah survey kat internet, nak order jer online tapi bila mummy tengok untuk plain cupcake (x deco apa2 pun) pun dia org charge paling murah 90 sen (tu saiz yg ciput pulak). Letak topping skit dah RM1.50...so nak jimat punye pasal mummy decide buat cupcakes sendiri, lagi pun bukan susah sangat nak buat cupcakes ni. Kerap gak mummy buat sekadar untuk makan2 anak beranak.

Bahan2 semua mummy belikan kat kedai Yummy kat Sek 9 BB Bangi.

Nak buat cupcakes ni memang sempoi gilos. Semua main cawan jer, tak payah nak timbang2. Bahan2 dia:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu cair
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak


Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandun
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C
3 biji telur ayam

Bahan D : Untuk Toping
1 cawan susu pekat
1 cawan koko
1 cawan butter



Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak secara double-boiled. Kalau tak ada periuk double boiled (cam mummy), panaskan pengukus dan letakkan periuk atas pengukus. Kena kreaif sikit ler...hihihi. Masak sehingga gula cair dan bahan2 itu sebati. Biarkan sehingga suam.




Pukul telur sehingga kembang. Campurkan telur yang telah dipukul ke dalam Bahan A tadi.

Ayakkan Bahan B dan masukkan ke dalam campuran A tadi. Kacau sehingga semua bahan2 sebati.




Masukkan adunan ke dalam cawan atau nak guna loyang pun boleh juga. Untuk memudahkan proses menuang adunan, mummy gunakan jug. Nak guna sudu leceh dan lambat ler pulak.

Isi separuh cawan sahaja, sebab nanti bila kita masak dia akan naik. Nanti melimpah ler pulak.

Tutupkan bahagian atas cawan dengan aluminium foil, tujuannya untuk mengelakkan air wap menitik ke atas cake permukaan kek.






Kukus selama 45-60 minit, jangan bukak2 penutup pengukus tu. Sure jadi punye. Kek ni boleh gak dibakar tapi mummy lebih suka dikukus sebab dia lagi lembut dan gebu....makan panas2 pun sodap...





Kalau rajin boleh lah buat topping sikit kat kek tu. Untuk topping tu masukkan bahan D dlm periuk dan masak secara double-boil. Bila semua dah cair sapulah atas permukaan kek.


Pas tu taburlah skit choc rice ker, choc chip ke, kacang ke, ikut suka lah.... kek ni kalau letak kat luar boleh tahan 3-4 hari tapi klu masuk peti sejuk boleh tahan seminggu...

Selain dari cupcakes mummy rebus telur gak sebagai buah tangan untuk tetamu.

1 comment:

  1. wah...macam nak kenduri kahwin tau.... cup cakes tu..hmmmmm mama berangan nak baut tapi ntah tahun bila nak jadinya

    ReplyDelete