Wednesday, July 22, 2009

Kenangan Di Sekolah Part II


Dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 3 mummy (1983-1985) sekolah di SMRPS tapi nama SMRPS dah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Penghulu Saad tahun 1995. Nama Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke IV Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAT BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932.

Mummy belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Dalam peperiksaan SRP mummy dapat aggreget 9 (untuk lima subjek). Member baik masa kat sekolah di Siti Norahmah, Latifah dan Oh Kwang Hwee.

Kenangan paling tak boleh lupa semasa tingkatan 1, Cikgu "J" suka mengamuk. Mummy rasa dia ni ada masalah tekanan perasaan ke apa lah. Dia tak boleh tengok ada cikgu atau student yang cantik. Dan ada perkara2 yang menyebabkan dia akan hilang pertimbangan diri. Masa tu memang dia akan bercakap tak berhenti, kejap cam membebel, kejap cam marah2 dan keluar juga perkataan yang x sepatutnya, klu dia dlm keaddan ni mummy mmg takut tapi budak2 lelaki suka kalau dia mengamuk sebab tak belajar dan kekadang dia orang lagi provoke cikgu "J". Selalunya kalau nak bagi dia stop mengamuk ketua kelas akan panggil guru penolong kanan (masa tu Cikgu Mat Noor). So bila Cikgu "J" nampak Cikgu Mat Noor mundar-mandir kat luarkelas dia berhenti lah mengamuk. Bila2 Cikgu Mat Noor dah pergi kita orang pulak kena marah dengan Cikgu "J"...mesti dia cakap "sikit2 panggil Mat Noor...sikit2 panggil Mat Noor... Apa khabar Cikgu "J" sekarang ye, sekiranya dia masih ada semoga sihat sejahtera dan dipanjangkan umur hendaknya. Klu dia dah tak ada , semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman.

Cikgu yang paling mummy suka Cikgu Ridhuan Yahya. Orang Muar. Dia gi mengajar naik skuter warna hijau. Cikgu Ridhuan memang baik dan banyak bagi nasihat dan motivasi kat mummy dan kawan2. Walaupun Cikgu Ridhuan cuma ajar mummy Bm masa tingkat satu tapi dia tetap bagi nasihat pada kami semua bekas2 pelajar dia. Sampai mummy dapat result SPM, cikgu Ridhuan datang ke rumah utk ucap tahniah. Dah pencen atau dekat2 nak pencen rasanya Cikgu Ridhuan sekarang. Ya lah dah hampir 25tahun. Semoga cikgu sihat selalu.
Cikgu Yahya mummy tak suka sebab dia suka ajuk mummy jalan, dia kata mummy jalan macam robot dan senget. Pas tu dia ni cam 'x' skit...hihiih

No comments:

Post a Comment