Wednesday, July 22, 2009

Kenangan Di Sekolah Part I

Mummy tak pernah ke sekolah Tadika, Tabika dan yang sewaktu dengannya. So sekolah pertama mummy mengenal ABC dan 123 adalah Sekolah Kebangsaan Seri Chantek.

Kalau nak kira daif memang dalam kategori daif la sekolah mummy ni. Pelajar pun tak ramai sangat dalam seratus lebih jer. Darjah satu ada satu bangunan (boleh ker dipanggil bangunan ke???) sendiri. Kelas lain belajar kat bangunan kayu (lebih sesuai dipanggil bangsal). Bangsal ni dinding separuh jer, so setiap kali hari hujan kami di dalam kelas akan kebasahan terkena tempias hujan. Dari segi kemudahan mummy rasa memang tak ada langsung lah, air paip tak ada bekalan elektrik tak ada.Kami gunakan air kolah dan air perigi yang digali. Air kolah ni actually adalah air hujan yang ditadah dan dimasukkan dalam kolah batu besar. Kolah besar ni dekat dengan bilik guru besar.

Cikgu kat sekolah pun tak sampai sepulu orang, antara nama cikgu yang mummy masih ingat Cikgu Mokli, Cikgu Abdul Hamid, Cikgu Hamdan, Cikgu Lim Swee Ping (datang sekolah kayuh basikal mini merah jer), Cikgu Mohamad Saleh (Mat Saleh), Cikgu Wahid...ada seorang office boy kat sekolah dulu..boleh tahan handsom...lupa apa nama dia....

Tukang kebun kami gelar dia "Dol Meow" tak tau ler apa punyenya tapi yang pasti "Dol Meow" ni suka tido jer, sebab dia suka tido rumput kat padang memang sentiasa panjang...

Mummy pegi sekolah naik basikal jer. Boleh tahan jugak lah nak mengayuh basikal tu. Keadaan jalan pulak bukan elok, berlubang2 maklumlah jalan kampung, keadaan amat teruk bila tiba musim hujan, kasut putih sekejap jer dah tukar coklat penuh dengan selut dan tanah.Dah lah itu satu2nye kasut yang ada.Masa dulu kalau dapat pakai kasut yang diperbuat dari kain dah kira cukup mewah lah. Sebab kebanyakkannye memang pakai kasut sekolah plastik. Kasut plastik ni senang nak basuh dan lap jer dah kering, jadi walaupun kasut sepasang jer boleh hari2 basar, tak risau tak kering.

Ingat masa mummy darjah satu masa tu musim hujan, so bila dah nak masuk sekolah tu mummy nak pegi basuh kaki dan kasut dulu kat parit. Mummy goyang2 jer kaki tu dalam parit, Entah cmana boleh terlucut kasut dari kaki mummy, masa tu air parit memang tengah deras, tak de apa mummy boleh buat, menanggis jer lah. hari tu mummy bali ke rumah pakai kasut sebelah je.

Mummy dulu sekolah tak ada pun bawak pensil warna, water color ke crayon (tak macam anak2 mummy sekarang ni almost every month@week nak mintak color baru), kalau ada subjek lukisan selalunya cikgu akan bagi 'warna tepong' dalam bekas warna. Pas tu baju mesti punya kotor sebab warna tepong tu terbang melekat kat baju.

Duit belanja ke sekolah pun cuma 20 sen jer untuk sehari. So pandai2 mummy lah nak belanja duit tu masa sekolah pagi atau sekolah petang.Cuma masa tu kuih sebiji masih 5 sen. Kalau nak nasi lemak daun pisang 10 sen...alahai nostalgik betul lah. Sekarang ni anak2 tengok duit 20 sen cam tak ada nilai.
Permainan yang popular masa tu konda-kondi (pengawas marah kami main sebab bila nak main mesti nak kena gali lubang dulu, so kat padang sekolah tu banyak ler lubang2 kecik), rounders, cap-tay (camana nak eja hah). Tapi masa tu mana ada duit nak beli bola bulu ayam nak main cap-tay, so mummy dan kawan2 guna kan daun pokok dan ikat daun2 tu dengan getah. Bila daun tu naiklunyai petik lah daun2 yang lain.
Masa sekolah mummy aktif sukan, so memang wakil tetap sekolah tiap tahun lah, tapi setakat peringkat daerah jer lah...kawan2 yang aktif sukan Rozana, Zali, Salmi , dan Jais.

Darjah lima Mummy ambil Peperiksaan Penilaian (sekarang ni dipanggil UPSR) dan mummy dapat 2A 3B. Mummy dapat B untuk English, dan jangan tak percaya daripada seramai 42 pelajar yang ambil Peperiksaan Penilaian hanya mummy yang dapat B untuk english..(perasan ler terror...kekeke)...masa tu pelajar terbaik adalah Rozana (dapat 4A1C).

Masuk darjah enam bangunan batu yang baru siap, so merasa ler mummy bersekolah dengan selesa skit. Walaupun paip air dah ada tapi bekalan air dia takada lagi...

Ni senarai nama classmates yang masih mummy ingat, not bad out of 44 names mummy still boleh ingat more than 70%. Manalah kawan2 mummy semua ni yer. Suhana Selamat (jiran sebelah mummh kat kg), Noraini Ahmad Kadri, Norsiah Ta'at, Mohd Saidi Ayob, Noraida BahirNordin MokhtarNordin PaimanMohd Yunus SubandiAbdul Rahman TarmimiFatimah SeninMohd Toha Sharif, Norintan Ahmad, Anawiah Othman, Suzana Ramlan, Salina Paiman, Siti Misnah, Maznah Misnan, Taufik Maulana, Kamal Hashim, Ariffin Yusof, Rosmila, Normah Suhod, Sabariah Yusuf, Nordiana Adnan, Rozana Rodi, Abdul Rahman Paidi, Ishak Samad, Ahmad Jais Ahmad, Ahmad Zali Salikin, Salmi Salikin, Norazman Hussin, Noryati Rakim, Adzman Saat dan Raja Haidar Raja Abdullah. Harap semuanya berjaya di dalam kehidupan masing2.

1 comment:

  1. Mummy, Normah Suhod tu kawan mama lah...yang sama ngan mummy ru Basariah ler.....

    ReplyDelete