Thursday, July 23, 2009

Puding Jagung

Petang semalam jiran Mummy masa di Nilai telefon. Dia nak buat kenduri doa selamat Khamis malam Jumaat. Sebab jiran dekat dan masa mummy buat house warming pun dia datang rumah satu keluarga, mummy decide nak pegilah kenduri dia. So bila nak pegi terfikirlah apa buah tangan nak bawak. Nak buat cupcakes rasa macam tak sempat. So bila balik rumah mummy tengok ada tepung custard dalam simpanan, so mummy decide buat puding jagung jer.

Buat puding jagung ni senang dan cepat, tak remeh. Bahan2nya pun simple jer... tepung custard, santan kelapa atau susu cair, gula dan jagung tin in cream style.

Santan dengan gula didihkan jer dalam periuk
Bancuhkan tepung jagung dengan air.


Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sentiasa untuk elakkan berketul.

Masukkan jagung tin, nak sedap letak ler lebih. Kacau sampai pekat dan angkat.


Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau masuk dalam paper cup cam mummy buat ni ok gak. Dah siap, tak sampaipun satu jam. Masukkan dalam peti sejuk dan makan sejuk2...sedap....

No comments:

Post a Comment