Thursday, July 16, 2009

Dafiy & Bibik

15/07/2009 (Rabu) - Hari ini Mummy terpaksa ambil EL sebab bibik dan Dafiy demam. Mummy dah siap pakai baju kerja tapi bila turun tengok bibik baring dalam bilik dan berselimut dengan kipas ditutup. Rupanya bibik demam. Dia kata badan dia merah2 gatal seluruh badan. Ini mesti allegic sebab semalam mumy suruh dia rasa cake skit... yer lah bibik tu allegic kepada telur, ayam dan segala seafoods , so klu makan sikit sure terus naik merah2 satu badan.

Dafiy pulak dah dua malam merenggek2 jer bila tidur malam, dan badan pun panas jer. Bila siang bukan main aktif dia.

Pulul 9am mummy bawak bibik dan Dafiy ke klinik, bibik kena cucuk sebab allegic dia seluruh badan, kalau makan ubat pun lambat sikit nak hilang. Dafiy pulak dr bagi ubat demam dan antibiotik sebab demam dia dah nak masukhari ke-3.

No comments:

Post a Comment