Bangun pagi mummy terus keluarkan udang, ayam dan lain2 lagi. Mummy terus masak sambal udang petai. Selepas siap sambal udang petai mummy terus masak meehoon soto. Selepas tu mummy goreng bergedel dan karipap. Daddy kemas bahagian luar rumah dan gantung belon2 untuk hiasan.
Lepas tu susun bekas buffet, keluarkan pinggan dan lain2 sedar tak sedar dah pukul 9.30am. Mummy pergi ambil kek dengan Arif. Daddy pulak ambik nasi briani kat seksyen 15. Lepas tu macam lipas kudung mummy susun dan keluarkan makanan.
Daddy mengemas ruang tamu. Bukan senang nak tengok daddy tolong menyapu...hihi...jgn mare daddy.


Pukul 12 majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat dari khariah surau berdekatan, jiran tetanga dan saudara mara yang dapat datang awal.

No comments:
Post a Comment