Saturday, March 27, 2010

Talam Labu

Pagi tadi masa gi pasar Mummy beli labu sebiji. Cadangnya nak  buat bingka, lepat or kek labu. Tapi bila dah petang decide nak buat kuih talam dua muka talam labu. Mummy guna resepi dari Mat Gebu... Terima kasih ya Mat Gebu bagi resepi yang sedap ni. Kalau ada sesiapa nak cuba buat sendiri nak tengok resepi kat blog Mat Gebu

Kuih talam ni memang sedap sesangat (hihi.. puji le sendiri dulu sebelum orang lain puji...). Manis dia secukup rasa jer tak terlalu manis. Lemak berkrim la...

Talam labu yang dah siap. Perasan tak ada tompok kbuning kat elah atas tu...Tak sabar punya pasal lapisan belum keras sangat Mummy dah tertuang untuk lapiasan yang atas.

Jomlah minum petang ... teh-o kurang manis dan talam labu yang rasa lemak2 manis memang ngam la...

Close-up sikit....

5 comments:

  1. wei sedap tu terliur aku. tak stok labu la kat umah kalau tak leh buat,yang ada keledek, wat talam keledek boleh tak

    ReplyDelete
  2. sedap arrrr gee....aku lately ni malaslah nak wat kuih2 ni....

    ReplyDelete
  3. Anonymous - Keladi, keledek , durian boleh saja jadi kuih talam...hehhe
    MMiraki - Lately ni pulak mood Mummy masa memasak tgh baik... tak sabar tunggu weekend nak main masak2

    ReplyDelete
  4. goreng pisang lagi sedap kut...
    akak sekarang mmg tengah giler putu bambu...sodap beb!!!!

    ReplyDelete
  5. Favorite aku sukun goreng... sedapnya panas2. Anak aku pun minat jugak tapi nak nyebut tak betul..lupa...

    ReplyDelete