Monday, March 8, 2010

Percutian Singkat


Gambar ambik dari website rasmi http://www.eagleranch.com.my/

6/3/2010 (Sabtu) - Kul 6.00 pm kluar rumah untuk ke PD. Ini memang percutian yang tak dirancang langsung. Office kawan Daddy buat outing kat Eagle Ranch Resort PD ni, pas tu last minute ada 3 family yang tak dapat datang. Daripada bilik tu kosong dia ajaklah Daddy dan dua kawan Daddy yang lain pegi sekali. So Daddy dengan tak malunye pun setuju jer la... hhhee... Mummy pun automatik je setuju sebab kawan2 Daddy dan family dia orang semua tu Mummy dah kenal.

Sebelum tu singgah dulu ke Nilai, rumah adik C-Kin yang buat kenduri doa selamat. Orang jemput datang lepas maghrib tapi kami singgah datang awal. Daddy kata tak apa la je tunjuk muka kat je sekejap, segan pulak kalau tak datang langsung, lagi pun kalau Mummy jemput dia orang pun selalu datang. Mummy memang baik dengan family C-Kin ni...emak C-Kin (mummy panggil dia Opah) memang pandai masak ... tukang masak la katakan. Standard la orang Jawa tamu datang mesti terus disuruh makan. Tapi Mummy cakap tak payah sebab anak2 dah tidur kat kereta. Pas tu dibungkus berkat untuk kami. Terima kasih c-kin & family, lain kali jemput lagi...hehhe

Sampai kat PD dah hampir kul 8.45 pm. Tengok sekejap pertunjukkan api. Tapi Mummy tak snap2 gambar sangat sebab lupa nak bawak camera. Klu guna camera kat hp Mummmy untuk gambar waktu malammemang out la. Lepas tu terus gi dinner. BBQ dinner.



 
Kiri - BBQ dinner... segala seafood ada...ketam bakar, udang bakar,sotong bakar cuma kalori jer yang tak terbakar hihihi
Kanan - Salad & mashed potato
 
Danny dah aim kolam yang dia nak berenang esok...Kat belakang yang kerusi banyak2 tu ada group tengah buat performance...so kita orang tumpang tengok le ...heheh. Gambar dari camera hp yang cuma 3.2 megapixel

 
Banyak jenis bilik kat resort ni...ada Log Cabin, Paddock Chalet, Kampung House, Bandwagon dan Tepee. Kami menginap kat Paddock Chalet. Tengok tu sebesar2 mangga dia guna...betul2 terasa cam duduk kat cowboy town!

 
Kiri - Pintu masuk ke bilik.
Kanan - Padang kuda betul2 kat belakang bilik... bangun pagi sejuk jer sebab dikelilingi pokok2 besar. Anak2 cam biasa la suka berangan2. Bestnye Mummy kalau kat belakng rumah kita ada ladang kuda, tak payah la main skate board lagi...

 
Keadaan dalam bilik. Boleh tahan. Bilik memang luas.

 
Breakfast kat Melting Pot Cafe

Eagle Ranch ni sesuai untuk nak camping atau xtvt teambuilding. Mummy tengok banyak group yang buat teambuilding dan explorace pun ada. Nak main paintball atau gocart pun ada. Konsep resort ni ala2 Cowboy Town. Siapa nak experience jadi cowboy boleh la datang ke sini.

 
Wagon lama ni...

 
Dania ngan Daniel bergambar kat kuda yang kena hukum pancung...tu yang badan kuda dah tak ada....

 
Majoriti bangunan2 kat sini memang gunakan kayu dan hiasan atap2 rumbia...

 
Yang baju merah blah kanan tu pekrja yang pakai uniform ala2 cowboy

 
Game room pun ada. 40 sen jer sekali main. Banyak dah yang rosak...

Dah nama resort pun Eagle Ranch, sebab tu replika helang di mana2.

Awal pagi Ahad tu hujan gerimis so pagi tu memang sesuai le kalau anak2 nak berendam dalam kolam.Kalau dah siang mesti panas terik. Daddy ngan kawan2 dia gi menebas kat Palm Spring Resort. So lepas breakfast Mummy dah lepaskan anak2 mandi kolam. Mummy pun ikut sekali le. Oh ya kolam jakuzi pun ada, tpai khas untuk orang dewasa jer, merengek2 si Danny nak masuk kolam tu... sorry la yer Danny, biar Mummy sorang je kat kolam tu... Awal2 pagi ni tak ramai sangat lagi orang mandi so memang anak2 menguasai kolam le...heheh

 
Aktiviti yang dinantikan oleh anak2....si Dafiy pun tak nak tinggal gak. Mummy pun joint sekaki gak...heheh

 
Bestnya kalau kat rumah kita ada kolam kan... boleh kita mandi kolam hari2...rasanya itu kut yang anak2 fikirkan massa berendam ni

Kat mana2 kolam renang mesti ada aksi gimrama si Danny...

Hampir 3 jam gak lah anak2 berendam. Masing2 tak nak naik. Pas tu pusing2 kawansa resort snap2 gambar sikit. Anak2 nak naik kuda tapi cuaca masa tu tersangatlah panasnya. Kul 2.30pm kami pun chow dari Eagle Ranch. Betul2 singkat kan prcutian Mummy, cuma 17 jam jer...tolak tidor 7 jam dan atas jalan 2 jam tinggal 8 jam jer...hehhe

On d way balik rumah kami singgah ke gerai cendol bawah pokok yang femes kat PD ni... lokasi gerai dia kat bawah pokok2 besar, berangin je duduk bawah tu sambil minum cendol...

 
Singah2 ada ABC, Cendol...bla...bla...bla...

  
Daniel dan Danish minum ABC, yang lain minum cendol. Memang kaw2 cendol dia. Daddy sampai order 2 mangkuk. Sejuk2 dapat minum cendol yang sejuk2 ni memang nikmat...

 
Meehoon sup dan mee kari dia pun sedap. Kuih2 dia pun sedap gak, RM1 3 pcs. Mummy tapau bingka ubi, kuih dadar ngan goreng pisang lagi.

Dalam kereta semua zzzzzzzzzzz.... penat beb swimming....

9 comments:

  1. Smlm aku trpandang Eagle Ranch Hotel konon nk singah Pd tp dh tersilap lorong trus ke MUMBAI highway msuk lukut trus tuju bagan lalang tp aduh panasnya trus ke Morib pun sama gak las2 duk dlm keta je

    ReplyDelete
  2. Anonymour - Sekarang ni kan musim panas, memang tak sesuai langsung gi tepi pantai... gi CHighland la bagus time ni... walau dah tak sesejuk dulu2 tpi still sejuk gak nak compare ngan kat tepi pantai tu....hehe

    ReplyDelete
  3. Cuti sek ni nk g Cameron la,ada sapa2 nk join pakage 3D2N jadi ler

    ReplyDelete
  4. Kalau tak pun berendam kat parit depan warung Abas

    ReplyDelete
  5. Suara 8 - TQ datang menjenguk...berendam kat parti depan warung Abas??? Heheh.... kena cari kelapa komeng dulu utk buat pelampung...

    ReplyDelete
  6. If you are like me and love garlic, you are already too late.
    Native plants or at least plants adapted to similar conditions as your region will have a better chance of growing and thriving.
    Grab a few bags of organic potting soil and lean them up against the sunny side of your garage or a
    brick wall of your home.

    My web page; render

    ReplyDelete
  7. With the ability to actually alter the texture and condition of the hair with clever and fashion-forward hair styling products, Rusk Being products are sure to
    intrigue the hair product lover in all of us. s Therapy Treatment line, which
    is a lightweight replenishing treatment that protects and maintains hair condition.
    It is designed for professionals so you know you're getting top performance.

    Feel free to visit my web blog; hair products

    ReplyDelete
  8. Other FSX Virtual Airlines are based on real airlines, from
    major carriers to small operators. The reason that
    you should take a look at a Joana's Star - Craft 2 guide review is obvious. Multiple PC and Controller Support Install on as many PCs/MAC as you like. The main purpose of a Simulator is to understand the behavior of the system. If youre a flight sim enthusiast, the you must try the king of flight simulator games.

    ReplyDelete
  9. Hair that is thin will benefit from lighter oils while hair
    that is coarse will benefit from heavier oils. For the thick
    and curly hair, it is best to use the Moroccan Oil. Though addressing these underlying causes is very important
    in order to prevent hair fall, coconut oil can also help to an
    extent. Khas (Vetiveria Ziziniodis):- used as an effective hair restorer.
    Basil and bergamot help your hair grow thicker and fuller.

    my webpage :: click here

    ReplyDelete