Wednesday, March 10, 2010

Semanis senyumanmu....

Kul 11pm anak2 dan daddy semua dah zzzzzzzzzzzz.... Mummy tak ngantuk la pulak...nak tengok tv malas, so apa nak buat? Nak siram pokok dah sudah, bulu kuda pun dah berus, susu lembu dah kutip emmm.... main masak2 jom. Ok gak ni main masak2 sorang2 anak2 tak kacau....

Sila la layan mata yer... kalau teringin nak layan perut datang ke rumah...heheh...


Special choc box untuk Daddy. Choc rose tu dalam dia ada bluberry...so rasa choc ni ada masam ada manis...masam2 manis la...

Lollichoc fairy tale theme utk Princess Dania... ada lolli princess, istana dan kereta kuda....waaaa macam cinderella.....  cam mainan la pulakkan? hampir nak berjanggut gak le melukis2....hihi... patut la orang jual mahal sikit...

Lollichoc lagi... ni senang sikit nak buat compare ngan yang kat atas tu...

Ada lebihan mashmellow so dip je ngan choc dan tabur hiasan sikit...

Lolichoc oreo...200% sedap...hehehe

Wafer in choc dan tampal ngan sugar paper...

Little roses pelbagai filling...

Musim panas kena ada kipas...

Cam biasa ni duta merangkat tester....

Sedapnye Mummy, nak bawak gi sekolah boleh tak?.... tu comment anak2. Aci tak kalau testimonial dari anak2 sendiri...hahah...

5 comments:

  1. MM percaya one day Mummy akan jadi businesswoman yg berjaya! Serious tau! Teruskan "mencoklat2kan" diri! Org lain buat tak cantik pun laris ni kan pula kalau coklatnya "hensem2" ala Dr. SMS..mesti ramai yg nk tempah!

    ReplyDelete
  2. jangan bagi anak2 selalu makan coklat dan gula ni.....nanti gigi rosak dan takut diabetis...hehehehehehe

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak gee,

    Tulis cara cam mana nak buat...meleleh jer air liur tengok chocolate tu.

    ReplyDelete
  4. MMirror - Aminnnn...tak nak jadi orang pertama order ker? hahahah...

    MMiraki - gigi rosak sbb mkn coklat & gula? Itu fakta atau auta yer.. ni info Mummy dapat..

    'Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat
    Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

    Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
    Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.'

    Sekian adanye...hehhe...

    Anonymous - lap sikit mulut tu, dah menjejeh2 dah air liur..

    ReplyDelete