Showing posts with label homemade chocolate. Show all posts
Showing posts with label homemade chocolate. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Sempat lagi tu ...

Dalam sibuk2 bersilat kat dapor, mengemas rumah, iron baju dan jaga anak2 masa bibik tak ada ni sempat lagi Mummy main2 ngan choc ni. Actually kawan opis Mummy order choc hantaran ni sebelum cuti raya lagi. Majlis kahwin last saturday, so hari khamis Mummy baru buat.







Friday, June 25, 2010

Bola bola bola ....



OreoChco pun theme bola gak...

Demam bola dah separuh jalan, lagi seminggu dua masuk ke kemuncaknya. Kat opis sibuk orang cerita bola kat rumah pun cerita pasal bola. Mummy ni tak de la minat pun kat bolasepak ni, tumpang2 tengok dan teman daddy tengok tv je. Selain tu jadi tukang matikan tv sebab tv tengok daddy pulak.

Bosan gak tengok tv berejam baru habis so daddy tengok tv Mummy pun siapkan choc box yang orang order ni. Mummy suka sangat buat choc yang ini, cam best main2 ngan warna... dan hasilnye memang cantikkkkkkkkkkkkkk ma....(Mummy tau korang nak puji choc ni cantik kan...malu2 pulak...hahaha.... tak apa Mummy rela dipuji....). Orang yang order choc box ni nak bagi kat adik dia yang nak bertunang.

Kotak2 sekali boleh makan...nak tambah wording pun boleh ma....

Choc with strawberry filling

Hah korang kalau nak buat jamuan dan kenduri kendara dan pening kepala fikir doorgift apa nak bagi kat customer, jangan susah hati pi visit Mummy Gee's Choc ... macam2 ada...

Wednesday, June 23, 2010

Kerana kau...

Hari ni nak balik awal sikit nak bayar hutang tidor. Wa...malam tadi tidur 3-4 jam jer, ni semua gara2 si Jenab @ MMiraki yang suruh Mummy buatkan oreochoc untuk birthday Ika, Ika nak bagi kat kawan2 dia... dah la dia baru called petang semalam masa Mummy ambik anak2 balik sekolah... emmm oklah Ika punya pasal Mummy buatkan gak la...

Lepas hantar anak2 gi tution dan dinner Mummy kelentang kelentung kat dapor. So start 9.30pm hampir kul 2.00 pm baru tidur...waaaa ngantuk ma... nak Mummy tunjuk sikit gambar2 oreo choc untuk Ika. Nak tengok lain2 gambar yang lebih detail nanti tengok kat blod Mummy Gee's Choc

Flower theme

Eible image Transformer, Ultraman & PowerRanges.... bulan lepas MMiraki kat anak letak edible image Ika tapi dia dah lupa...

Corak guna transfer sheets

Theme bola-bola dan animals

Dah masukkotak dan berlabel cuma tak sempat nak bubuh reben.

Kul 2pm baru siap packing dan masuk kotak...

Monday, March 15, 2010

Jemputlah Datang!

Jemputlah datang ke rumah baru Mummy ye. Jangan tak datang pulak, Mummy dah sediakan banyak menu hidangan untuk dipilih! Ni kira cam house warming gak la...

Wednesday, March 10, 2010

Semanis senyumanmu....

Kul 11pm anak2 dan daddy semua dah zzzzzzzzzzzz.... Mummy tak ngantuk la pulak...nak tengok tv malas, so apa nak buat? Nak siram pokok dah sudah, bulu kuda pun dah berus, susu lembu dah kutip emmm.... main masak2 jom. Ok gak ni main masak2 sorang2 anak2 tak kacau....

Sila la layan mata yer... kalau teringin nak layan perut datang ke rumah...heheh...


Special choc box untuk Daddy. Choc rose tu dalam dia ada bluberry...so rasa choc ni ada masam ada manis...masam2 manis la...

Lollichoc fairy tale theme utk Princess Dania... ada lolli princess, istana dan kereta kuda....waaaa macam cinderella.....  cam mainan la pulakkan? hampir nak berjanggut gak le melukis2....hihi... patut la orang jual mahal sikit...

Lollichoc lagi... ni senang sikit nak buat compare ngan yang kat atas tu...

Ada lebihan mashmellow so dip je ngan choc dan tabur hiasan sikit...

Lolichoc oreo...200% sedap...hehehe

Wafer in choc dan tampal ngan sugar paper...

Little roses pelbagai filling...

Musim panas kena ada kipas...

Cam biasa ni duta merangkat tester....

Sedapnye Mummy, nak bawak gi sekolah boleh tak?.... tu comment anak2. Aci tak kalau testimonial dari anak2 sendiri...hahah...

Friday, March 5, 2010

Gilakah aku?????

Ha, Mummy Gee dah gila! Biar betul... masa balik kampung minggu lepas tengok dia ok jer tak de pulak nampak mana2 skru dia yang longgar...kat mana dia sekarang? Tanjung Rambutan ke kat Hospital Bahagia?

Nauzubillah, apalah korang ni Mummy bukan gila atau sakit mental tapi Mummy cuma gila terhadap candy mould @ acuan choc yang comel2 ni jer... bila time free jer sure Mummy surf pasal choc mould...geram la tengok cantiknye.... dua bulan lepas Mummy ada order choc mould online tapi sampai la ni tak sampai2 lagi sebab ada 4 mould yang tak ada dalam stock (klu tak de dlm stock yang ko diaplay dlm catalog tu kenapa hah????)... so sebab Mummy nak gak 4 mould yang tak de stock punya pasal la sampai sekarang ni dia tak deliver mould yang lain....

So lunch tadi Mummy sudah terjah itu kedai la... the big and femes bakery shop in KL...masa tu Mummy gi Jalan Duta so dah terlanjur kat situ lajak je la ke kedai tu yang ada kat Sri Hartamas. Sampai terlajak le ke Mont Kiara dan Segambut....banyak sangat jalan baru kat situ...hheh.... bila dah sampai2 dekat2 area tu alamak lupa pulak apa no kedai tu...nak call kedai tu tak de no tepon pulak....so camna ni....emmm nasib baik ada talian hayat ler....

Mummy - elo Som... ngko online tak?
Som - On9 knapa ada cerita apa?
Mummy - Ngko tolong masuk www. bla. bla.... gi ke bahagian contact pas tu ngko tengok no tepon dia, yg cwangan Sri hartamas tau
Som -  ya eleh...buang karen je... aku ingat ada cerita ...ni no dia ....123455
Mummy -ok chalooooo

Lepas calling2 sampailah ke kedai tu... mak ai juling mata Mummy tengok barang2 bakery ni..... tapi tak snap2 la sbb dah tulis besar kat situ tak boleh amik gambar...Sambil cuci mata tangan pun sedap jer ambik itu ini... tak cukup tangan gi ambik bakul dulu

....tit..tit...tit...tit...(kat cashier)....keluar resit....ok mam, u need to pay 80 cent only....ok.

Ait punya banyak barang Mummy ambik cuma 80 sen jer...biar betul...
ha, jangan besar sangat mulut tu melopong nanti masuk langau...
ha jangan silap...kan sebelum ni Mummy dah order barang2 tu online cuma dia orang tak deliver lagi, so klu order online bayarpun terus onlinekan.... so bila kontra barang2 yang tak ada dlm stock dgn barang baru yg Mummy ambik tu tinggal kena tambah 80 jer la...
Berapa kos beli benda2 ni?  Dapat la untuk beli choc ferraro rocher 200 biji..... hahaha..... itu la gila punya pasal...

Jom layan apa la yang Mummy beli .....

 
Ait sekolah dah 3 bulan baru nak beli water color ngan buku2 ker? Bukan pencel color ngan buku2 la Cik Bedah... tu alat2 nak main masak2 kat dapor....jom sapa nak  join Mummy, kita mana pondok2 dan main masak2....selain tu kita boleh main melukis dan mewarna sekali....dijamin seronok la...

 
Pretzel mould...

 
Lollipop mould. Mummy suka sangat mould yang cam princess tu...cutenye.... kalau anak2 dapat lolichoc bentuk ni sure sayang nak makan...hehhe

 
Candy mould

 
Kiri - Heart choc box ... ni acuan untuk buat choc kotak berbentuk hati...pas tu letak choc kecik2 dalam kotak choc tu....
Kanan - Candy decorating pen... guna untuk hias biskut ke choc ke... (ni kes kalau malas nak bancuh icing sendiri la...)

Kat kedai ni acuan yang dijual memang cantik2 walaupun harga dia agak boleh tahan. So kalau nak cari acuan yang cantik2 memang kena gi kedai2 cam ni la, tapi kalau acuan yang biasa2 tu kat kedai RM2 pun ada jual...mummy ada gak acuan2 cam tu.....untuk yg pentingkan rasa daripada rupa boleh jer beli acuan yg biasa2 je tapi untuk yang pentingkan rasa dan rupa (cam MMirror tu) sesekali kena jengok2 kedai yang memang jual barang2 bakeri je....

Acuan baru dah ada, so bila lagi nak main masak2 ni Mummy? Emmm... sebelum nak main masak2 kena beli la dulu bahan2nya... bahan asas mestilah choc block... tengoklah kalau sempat petang ni balik kerja singgah dulu kedai Yummy.

Saturday, February 13, 2010

Long Weekend

13/2/2010 (Sabtu) Long weekend sempena CNY. Petang ni Mummy nak balik kampung daddy. So sementara nak tunggu petang Mummy buat choc sikit nak bawak balik sana.

Orange & strawberry filling

Nak senang bawak kena bubuk dalam choc box ni...

Choc with peanut in star container...yang ini Mummy suka sangat...sedap

Recycle box...heehee

Monday, January 25, 2010

Choc & choc



Mood buat choc tak padam lagi ni ... so weekend mmg xtxt mencungkil bakat masak ni...hehhehe.

 
Choc cupcakes. Guna resepi moist choc cake kukus yang biasa Mummy buat tu tapi kali ni Mummy bakar. Emmm....nyum...nyum...bakar 10 minit je dah masak sebab kecik2 kan....Mummy tak deco apa2 pun kat cupcakes tu. Pagi ni anak2 gi sekolah bawak bekal cupcakes sorang 3 biji.


 
 
Ni proes renyah @ leceh nak buat choc bentuk strawberry. First white choc yg dah dicairkan tu letak pewarna hijau. Pas tu tuang @ sapu kat bahagian daun pada acuan. Masuk peti sejuk biar keras. Kemudian buat shell acuan dengan ratakan choc keliling acuan. Sejukkan sekejap biar dia keras. Letak inti @ filling strawberry dan cover dengan choc lagi. Rasa cam kelas


 
Ni pulak nak buat guna cuan daun. Tak de la serumit guna acuan strawberry tadi.

Dan inilah hasil xtvt choc Mummy masa weekend....


Choc with strawberry filling. Comel tak?? Tapi tak berapa cerahkan warna strawberry tu, Mummy ada pewarna pink je, patut guna pewarna merah baru cam strawberry betulkan....tak pe la lain kali cuba lagi buat bagi nampak lagi real sikit....hehehe


Acuan crown ni senang nak buat tapi masa nak keluarkan tu susah sikit sebab bentuk diakan banyak sangat lekok2 sikit...


Mummy, doremon kan warna putih ngan biru mana ada warna pink!!! Tu comment dari Dania...sabor jer ler...dlm comment tu sekali jalan dia ngap 3 ekor doremon pink ni....acuan doremon ni ada dua part depan dan belakang, so bila choc dah keras kena ambik dua2 bahagian ni dan lekatkan guna choc gak, so dapatlah bentuk doremon 3D.


Bila dah penat guna buat jer yang sempoi cam ni....

Lepas ni project lolichoc pulak, last week Mummy ada order mould lolichoc online tapi tak sampai lagi la pulak.