Sunday, March 7, 2010

All-in-one

6/3/2010 (Sabtu) - Cam biasa xtvt hujung minggu bermula awal pagi. Hari ni terlebih awal pulak, pukul 6.45am Mummy dah pegi ke Pasar Kajang. Bestnye pagi pasar awal sebab dapat parking dekat so tak perlu nak jalan jauh2 sambil tolak troli yang berat. Pas tu keadaan kat dalam passar pun tak sesak lagi.

 
Kiri - Pekan Kajang lengang lagi awal2 pagi ni...
Kanan - Bodyguard Mummy gi pasar. Tengoklah muka tak mandi si Danny. Beria2 dia nak ikut. So basuh muka je.

 
Kiri - Ni kedai selalu Mummy beli ikan2. Belah kedai ikan ni ada kedai makcik jual ayam. So memang tiap minggu dua kedai ni yang Mummy tuu. Yang pasti ikan2 kat kedai ni fresh dan lokasi kedai ni kat lorong masuk pasar so tak payah le Maummy nak ke kedai2 lain yang kat dalam tu.
Kanan - Ni sebahagian dari ikan2 yang Mummy beli untuk hari ni, ada ikan parang, tenggiri, senangin, siakap, kembung, sardin, ikan kuching, ketam ngan udang.

Pukul 8.15am Mummy dah balik dari pasar. Cepat jer kan. Balik rumah baru buat breakfast. Sempoi je goreng nasi ... settled.

Kul 10.30am keluar rumah lagi, kali ni Daddy dan anak2 ikut. Misi nak gi beli barang2 dapor kering dan susu2 & diapers anak2. Cam biasa le gi ke Tescoooooo Kajang. C-Kin jiran Mummy masa kat Nilai called. Dia jemput datang kenduri doa selamat kat rumah adik dia lepas Maghrib.

  
Kiri - Dua troli sedia untuk diisi....
Kanan - Tak sampai sejam dua troli ini berjaya diisi penuh...tahniah pada tuan tanah...

So masa nak beratur bayar....alamak baru Mummy teringat, tiap hari Sabtu, hari tanpa beg plastik kat Tescooooooo.... aduh camana la boleh lupa ni. Hari tu Mama Miraki terkena kali ni Mummy terkenalah pulak. Mana Mummy nak campak barang2 dua troli tu, kalau barang2 besar tak apa la tak payah bubuh dalam plastik tapi barang2 kecik camana. So nak tak nak terpaksa la beli beg recycle. Kalau guna beg plastik biasa kena selai 20 sen...apa lah dia orang ni... lain kali tak nak la datang hari Sabtu.


 
Kiri - Deretan beg mesra alam sedia untuk dipilih.. Boleh tahan gak harga beg mesra alam ni. Paling murah 0.90 dan yang paling mahal RM 6.99 (bag dari jut, yang ni tahan beg tahan lasak la. So Mummy ambik beli dua beg jute dan dua beg plastik tebal. Beli beg je pun habis RM22.

 
Stock barang2 kering untuk sebulan (emmm tapi selalunya tak cukup pun.... still ada xtvt g kedai runcit tambah stock)

Balik dari Tescoooooo Mummy singgah beli tanah dulu. Hahhh... Mummy gi beli tanah lagi? Dia dah jadi broker tanah ke sekarang? Berapa ekar tanah dia beli...kali ni tak banyak puntanah Mummy beli, setakat 10 ekar beg jer....heheh

Nilah 10 ekar beg tanah yang Mummy beli... nak buat tambak pokok2 kat farmville Mummy...

Balik dari Tescoooo dah pukul 12.30pm...mak ai aduh panasnye kat luar... Nasib baik sampai rumah bibik dah siap masak sambal goreng, ketam masak cili api, goreng ikan dan goreng sayur. So lepas kemas2 barang2 Mummy zzzzzzzzzzzzzzzz dulu.....bangun tidur kul 2.30pm baru makan.... lepas solat zzzzzzzzzzzzzz lagi....apasal ntah ngantuk betul la... Daddy kata kawan dia called ajak gi PD sebab ada 3 bilik kosong. So lepas calling2 kawan2 Daddy yang lain, jadi nak gi PD.  

Plan nak pi PD dalam kul 6pm. So sempatlah Mummy nak bereksperimen dengan kuih talam keladi Mummy ni...

 
Kiri - Keladi yang dah direbus...nak kena potong kecik2 dna lenyekkan sikit
Kanan - adunan untuk bahagian bawah

 
Kiri - Adunan bawah yang sedia untuk disaunakan
Kanan - Aduan bawah yang dah hampir siap sauna, lepas ni kena siram ngan air pandan pulak...cam mandi bunga la...

 
Selalu kalau talam keladi sure orang guna pewarna purple untuk lapisan belah atas kan. Tapi Mummy dan mengubah tradisi ni... Mummy guna warna hijau pandan untuk lapisan belah atas tu, cam kuih seri muka... selain dari bau harum wangi pandan tak de la orang takut nak makan tengok kuih warna purple menyala2 (pinjam kata2 MMirror)

Kuih talam keladi yang baru diangkat dari pengukus... kenapa permukaan di cam permukaan bulan yer...heheh...yang ada lobang tu sebab Mummy cucuk ngan chopstick nak tau dah masak ke belum....
Nasib baik bila kuih ni dah siap permukaan mengerutu tu hilang dan jadi cantik licin...

 
Sila la makan yer....komen dari Daddy....sedapnye...terasa betul lemak dia...heehhe (bangganye, cubaan pertama menjadi.....). Camni lain kali tak payah belilah, Mummy buat je....

Komen Chef : Kena guna loyang yang kecik sikit so nampak tinggi sikit kuih tu dan Mummy kena potong keladi tu lagi halus....tapi kesimpulannya...Mummy macam dah suka pulak kuih talam keladi ni....hahaha....ada sesiapa n ak order????

1 comment: