Tuesday, March 30, 2010

Separuh jiwaku pergi

Mummy dapat satu e-mail dari seseorang.. kandungan e-mail dia tentang operasi merobohkan penempatan setinggan. Operasi merobohkan penempatan setinggan ni bukan sekali dua tapi dah banyak kali Mummy baca tapi entah kenapa melihat foto2 operasi kali ni Mummy rasa lain macam je, rasa sedih yang amat sangat dan hilang mood nak buat kerja. Tengok gambar2 semasa operasi berkenaan lagilah merentap2 jantung hati...rasa macam kesian sangat kat semua yang terlibat. Mungkin sebab perkara tersebut berlaku di negeri kelahiran Mummy tu yang terasa emosional sikit.


Mummy rasa sebahagian besar penduduk yang terlibat golongan berpendapatan rendah (walaupun mungkin ada 2-3 orang berada yang sanggup duduk kat kawasan setinggan dan sewakan rumah lain yang mereka miliki... wallahhualam)... operasi dijalankan waktu petang dan hari hujan pulak .. bayangkan ibu bapa yang ada anak kecil mesti fikiran mereka serabut mana nak tidur malam ni, dan malam2 seterusnya...belum lagi barang2 dalm rumah yang tak dapat diselamatkan....

  
Suasana sebelum operasi...

Mummy percaya penduduk2 kampung ni dah dapat notis berkenaan operasi ini tapi pihak2 yang terlibat sepatutnya memikirkan kebajikan penduduk2 yang terlibat ni, mungkin disediakan penempatan sementara, diberikan sedikit pampasan dll...


 
 
Semasa operasi...

Mummy bercakap dari suduk perikemanusiaan, I'm not belong to any political party... bayangkan kalau yang terlibat itu mereka yang ada perhubungan keluarga dengan kita...

 
Bekalan air dan elektrik dipotong ... mereka ini sekadar menjalankan tugas....

 
Selepas operasi...

Kepada penduduk setinggan Kg Denai Pinggiran, Kempas JB yang menjadi mangsa ni, Mummy doakan semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak2 yang berkenaan.

Sedih sangat tengok gambar ni... wajah2 sedih dan terkejut...

Note : Gambar-gambar diambil dari http://sharpshooterblogger.blogspot.com

4 comments:

  1. kasihan. nasib orang tak "berwang" dan tak ada kuasa....sapa pun tak nak tinggal kat rumah setinggan kan.....

    ReplyDelete
  2. Tapi kawan aku si No.....h tu rumah ada 3 biji 2 teres 1 aptment smuanya d sewakan n dia sanggup duk sting garden smntara nk dapatkan rumah sbiji lagi. bila rumahnya d robohkan awal 2000 dianya duk flat bandaraya n bila rumah yg d janjikan siap dapat umah flat baru kt Pantai Dalam...ha kan smart giler tu......!!!!!!! tamak tul harta dunia,tapi bukan suma org camtu,yg betul2 x mampu memang ada

    ReplyDelete
  3. Anonymous - org yang perangai macam si N.....h tu memang wujud. Mereka ni la org2 yang mementingkan diri sendiri.... mendapat bahagian yg sepatutnya hak orang lain... orang macam ni tak berkat hidup mereka... walau RM banyak tapi selalu rasa sesak jer...

    ReplyDelete
  4. Ishk...ishk...ishk..pity

    ReplyDelete