Monday, March 1, 2010

Pakej Percutian 3D2N - Day 3

1/03/2010 (Ahad) - Pagi2 cam biasa la Mummy gi cari breakfast. Kali ni pegi ngan Mama Miraki dan anak2. Dia orang kat rumah buat nasi goreng kampung. Masa Mummy balik dari beli kuih2 kat Simpang Tiga, family Kak Mah dah bertolak balik ke Klang.

Lepas breakfast berkemas2 nak balik ke rumah masing2. Anak2 memang betul2 enjoy dapat main bebas kat kampung. Boleh main api bakar2 sampah, panjat pokok kelapa, main askar2 dan kejar2 keliling rumah. Rasanya dia orang masuk ke rumah bila haus dan lapar jer. Masing2 memang jadi kampung boys & girls.

 
Kiri - Aku bebasssssssssssssssss...
Kanan - Abang Enal ambik alih kerja Abg Brahim...sapu dan bakar sampah dan daun2 kering keliling rumah...

 
Tengok tu ada yang bangun tidor terus gi joint group bakar sampah...baju tido pun tak tukar lagi...

 
Along nak g menyumpit ke tu???

 
Bestnya kalau boleh bakar sampah cam ni selalu...agaknye itu yang anak2 ni fikirkan...

 
Cuba teka...selipar dan kaki siapa kah ini? Kalau betul Mummy bagi selipar sebelah....

 
Dah siap2 nak balik ke rumah masing2. Soalan cepugangsa, Kenapa Mama Miraki bergambar ambik position belah belakang? Kalau betul hadiah dia sehelai t'shirt saiz 56 atau XXXXXXXL...

 
Budak2 buat2 tak perasan jer yang masa untuk balik ke rumah masing2 dah sampai...dia orang masih leka main kat pondok comel ni lagi...

  
Bosan betul la dah nak balik ni. Eh! Kawan2 cuti sekolah nanti kita ajak emak ayah kita balik kampung ok. Jangan lupa tau sms. Tak puas la main kat kampung rasa cam sekejap jer... dialog benar anak2 ni... siap ada yang nak duduk seminggu kat kampung lagi.

Som & family jadi family terakhir meninggalkan kampung. Mummy jadi tukang bukak kunci rumah SOm jadi tukang tutup kunci rumah pulak lah... bye2 kampung panjang umur Mummy balik lagi...

Walaupun bersiap2 lepas breakfast tapi Mummy bertolak balik dalam pukul 11. Kak Long pun bergerak untuk balik ke Kota Tinggi. Yin pulak balik ke rumah Kak Tanty kat Parit Yaacob. Mummy pun konvoi dengan Mama Miraki. Anak2 Mama Miraki semua nak naik kereta Mummy. Kita orang janji jumpa kat rumah kaka Mummy, Mek kat kuaters Balai Polis Parit Bunga. Tinggal family Som...dia orang pun dah kemas2 tinggal tunggu Abang Enal siap je.
 
Ok, kita orang dah sampai ke rumah Mek. Mek weekend jer duduk kat kuaters. Hari2 biasa dia duduk kat rumah sendiri di Sungai Mati. Besar betul kuater baru ni. 3 bilik dan 2 bilik air. Saiz semua bilik memang besar. Ada tanah nak cucuk tanam lagi. Tetipa rasa cma nak kerja gomen la... dapat duduk rumah free, cuma tak dapat allowance jer...

 
Walau baru pindah tapi pokok2 bunga dah penuh keliling rumah. Cross-stich pemandangan tu rasanya dah berusia lebih dari 12 tahun kut...Mummy suka tengok pemandangan tu...

Mummy sampai dulu kat rumah Mek. Mama Miraki singgah beli murtabak Singapura dulu. Mummy kirim jer kat dia. Sampai rumah Mek makan tengahari dah terhidang atas meja, tinggal ngap jer. Mama Miraki singgah rumah Mek kejap jer, lepas lunch dan solat dia chow. Mummy sempat baring2 lagi sebab mata tetiba cam ngantuk jer.

 
Ada ala2 Inspektor Aliza dalam Gerak2 Khas tak? Heheh...

Kul 3.5pm baru Mummy bertolak dari rumah Mek. Belum sampai Ayer KEroh mata dah berat semacam jer. So Mummy singgah rehat kejab kat R&R Jejantas Ayer Keroh.

Sampai rumah Mummy pukl 6.15am. Anak2 terus lari main kat playground pulak. Mummy ngan bibik angkut dan kemas apa yang dibawak dari kampung. Layanzzzzzzzzzzz.

 
Stock sayur untuk 3-4 hari ni. Pucuh ubi, kuchai, sulur keladi dan tempe. Ikan duri masin kering ni Mummy beli kat pasar PS. Mummy tengok ikan ni bersih cantik, memang nampak cam baru buat. Ni favourite Daddy ni. Pucuk ubi tu nak masak lemak putih dan buatkan sambal belacan atau sambal totok. Kuchai tu campur ngan tempe + udang + petai masak lemak pedas2. Sulur keladi tu masak asam pedas jer. Nanti kalau dah masak, Mummy snap2 yer...bagi ngkorang kecur sikit....

 
Tapai ubi yang tak sempat makan ni Mummy bawak. Emping belinjau dan kopi PS.

 
Kerepek2 yang beli kat Parit Lapis Laman. Keladi sarawak dan keladi cina.

Murtabak singapura...beli kat 'Restoran Murtabak Sombong'. Tak ada sapa nak makan murtabak ni, so Mummy masuk dalam freezer je.

Malam dinner anak2 nak makan mee segera sup jer.. bibik masak nasi pun tak ada siapa makan. Mummy ngan bibik lak makan sukun goreng. Ha! Makan sukun untuk dinner, al-kisahnya sukun ni lebihan dari kampung. Masa kat kampung goreng separuh jer so yang separuh tu Mummy bawak la balik. Agaknye kepanasa dalam kereta bila sampai KL sukun tu dah agak2 lembut cam dah nak masak. So sebelum dia lembek terus Mummy terus je goreng.

 
Apalah maknanya makan sukun tanpa sambal kicap kan...heheh. So dah goreng sukun ni kena la buat samal kicap pulak. Sedap weeiii makan sukun goreng panas2 ni cicah sambal kicap.Pas tu sukun dia rasa lemak2 manis...sebab dah agak lembik kenalah potong tebal2 sikit....hekkkkkkkk...Alhamdullillah...kenyang makan sukun...

 
Ni la breakfast pagi Isnin ni. Keladi sarawak rebus. Bibik rebus lama sebab nak bagi dia empok betul2...habis 2 ketul selamat dalam perut Mummy...hehhe

Misi balik kampung dah tercapai dan nak makan pau kelapa dan jagung PS pun dah, tapi misi nak gi rombongan Cik Kiah ke Taman Botani kat 'Kashmir' tak kesampaian. Rasa pendek dan sekejap sangat la pakej 3D2N ni, lain kali kena ambik pekaj 5D4N kut... Walau pun cuaca amat panas kat kampung dan keadaan rumah tak seselesa dirumah sendiri, kesimpulannya balik kampung PS memang best. Tunggu update terkini dari masa kesemasa untuk projek 60 x 40 dari kami yang balik kampung...kami cukup majoriti mudah 2/3 untuk buat decision...hahahha....tungguuuuuuu

OKlah dah cuti 3 hari ... nak buat kerja la pulak. Nak kumpul duit untuk gi bercuti ke Kashmir lain kali...

5 comments:

  1. Orang Johor je yang makan sukun,grg pisang cicah sambal kicap tapi yang pastinya sedap abg aku pun yang bukan org Johor pun bedal, Lagi satu sambal sini aku panggil sambal kicap bodoh sbb smata2 kicap n cili akar, Johor punya kaw2.....x caya tanya Wan Piee

    ReplyDelete
  2. Tak sabar rasanya nak tunggu projek 60 X 40... kot dapat sebelum raya tahun niiiiiii.... mungkin tidak. Berdoa aje lerrrr....

    ReplyDelete
  3. klu cpat projek 60x40 raya th ni kita resmi la huhuhu........

    ReplyDelete
  4. projek 60 x 40 tau bukan 6X4..hehehehhe

    ReplyDelete
  5. kelihatannya sgt2 menarik percutian ni Mummy.. cuaca pun tak la kelihatan terlalu panas walau digambarkan panas oleh Mama Miraki dlm blog beliau tadi, patut la anak2 tak nak balik.

    ReplyDelete