Friday, March 5, 2010

Yang mana satu...

 
Gambar2 ikhsan Pakcik Google...

Pernah jumpa dan makan kuih seri muka dan talam keladi cam kat atas tu tak? Tak pernah? Korang duduk kat mana ni? Kutub utara ke atau utara Uganda? Pegi ronda ke pasar malam or pasar pagi mesti ada orang jual punya.

Actually dua2 kuih tu Mummy tak berapa suka. Kalau seri muka tu Mummy makan pulut dia je. Ntah le jenis3 kuih talam ni Mummy kureng sikit kecuali kuih kasui. Tapi Daddy dan anak2 suka sangat kuih2 talam ni especially kalau dapat kuih yang lembut dan banyak santan tu. Lagi satu kalau seri muka mesti warna hijau asli daun pandan kalau guna pewarna pandan tiruan sure dia tak beli kuih tu.

Dari malam tadi mood nak cuba buat kuih talam ni menjelma. Ni gara2 ternampak keladi yang Mummy beli kat PS masih berbaki lagi. Nak buat pengat dua minggu lepas dah buat bubur jagung. Tak surelah nak buat talam seri muka atau talam keladi, tunggu jer la esok... ntah2 keladi tu Mummy goreng je...heheheh

3 comments:

  1. kuih kalau terlampau berwarna terang pun org takut nak beli...nak2 klu warna merah menyala. MM kalau diminta buat pilihan antar yg purple & yg green tu...mestilah yg hijau tu.. walaupun mungkin org2 kota ni jual bukan pandan yg ori..bila dh warnanya hijau tu...mcm confident sikit nk mkn...& lg..tengok jugak mcm mana diorg displaykan benda tu... dibiar open air atau tutup dgn plastik...klu open air...mmg fikir 2x nk beli..bukan apa..dh la benda tu melekit..habuk jln pulak byk...phm2 je la.

    p/s: adakah MMirror spesis cerewet?..kwang kwang kwang...

    ReplyDelete
  2. ohhhh mama suka kuih talam2 ni...tapi bukan talam 2 muka lah....selalu beli talam ubi, talam keladi, kasui dan seri muka. kat Pasar Tani kat sini...ada sorang makcik ni jual kuih2 talam ni...tapi mak oiiii garang betul..nak beli tak boleh lebih rm3....hehehehe orang nak beli banyak dia marah...boleh ke cam tu...sebab kuih talam dia sedap...ni kira cam spesis Murtabak Singapore gak ler...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Talam keladi anis paling suka... Siap berguru mcm mana nak buatnya... Nasib baiklah ada seorang kakak tu pakar buat kuih talam. So mintak resepi dari dia... Katanya kalau beli tepung beras ambik cap teratai.. Elok jadinya, dan guna santan pekat yg dah siap jual kat pasar tu.. Alhamdulillah menjadilah pulak...

    ReplyDelete