Tuesday, September 3, 2013

Cuti-cuti Perth - Part 1

Cerita dah basi tapi tetap nak ceritalah... cuti raya cum cuti sekolah yang lepas Mummy & Daddy bawak anak-anak bercuti ke Perth. Plan asal Mummy & Daddy nak ke New Zealand berdua tapi bila dah campur tolak bagi kali rasa cam kesian pulak la nab tinggalkan anak-anak, so tukar la destinasi dekat dan murah sikit. So the whole family boleh pegi.

Mummy pergi 13-21 Ogos 2013. So secara rasminya Mummy telah memontengkan anak2 dari sekolah selama 3 hari. So sebelum cuti sekolah Mummy dah siap2 tulis surat kat cikgu. Danish dan Dania lepas dari hukuman tapi Daniel dapat hadiah rotan kat tangan sebanyak dua kali... heheh. Dapat hadiah rotan dari guru Sains cum giru displin dengan alasan ponteng tanpa hantar surat. Surat tu Daniel hantar ke guru kelas dan ke pejabat so memang tak ada lah Mummy buat salinan lebih untuk hantar ke guru displin. Bila dia explain kata surat dah hantar pun manalah cikgu nak percaya... kesimpulannya jangan senang2 nak cutikan anak dari sekolah ya puan2 dan tuan2.


Flight kami tengah malam. Biasalah naik kapal dengan slogan yang semua orang boleh terbang tu...hahah. Mummy tak nak lah cakap naik kapal tambang murah tu sebab bukan murah pun tambangnya bila dah ad on itu ini ini the end tak jauh beza sangat ngan kapal lain...hahahah



Ready to go


Flight kul 12.05am dan sampai ke Perth pukul 5.35am...

Lepas ambik luggage Daddy terus ambik kereta. Kami dah buat booking on9 sebelum datang. Bertekak gak la dengan mamat Hertz ni sebab dia kata kena ambik additional insurance untuk cover accident dan sebagainya. Masa booking tu kami dah bayar pun insurance dalam Aud185


Nasib baik ada bilik kecil yang dijadikan surau kat airport so tak kalut nak cari tempat solat awal pagi tu


Bayangkan kalau budak hensem ni tertinggal sorang2 kat airport... whuaaaaa. Nauzubillah.



Ni la kereta kami untuk 8 hari... Kia Carnival jer abang kepada Nazaria. Ingatkan nak jimat ambik sedan tapi kat AUstralia ni strict sangat polis dia, kaau sedan tu memang boleh masuk 4 orang jer tak boleh lebih. No riba2 anak ok..heheh

No plat kena amik nanti kalau parking lupa pulak nak cari kereta....hahaha

My hensem driver forever.....hehehe

Second time Mummy & Daddy ke Perth tapi anak2 first time

Kami tak ambik tour package pun. Sendiri-sendiri jer. Itinerary dah siapkan awal2. Set GPS and redahhhhh. Insyallah memang tak sesat.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, kerana kalian dapat mengembara ke sana.
    Lain kali boleh tempah satu kapal bawak kaum kerabat hehehee

    ReplyDelete
  2. Wah!. Beraya kat sana ye taun ni.
    Daniel kena rotan?. Ish ish ishhh..... kesiannya.
    Takpe la.... janji dpt gi melancong.

    ReplyDelete