Thursday, September 26, 2013

Jodoh dah sampai .... Khairul Nizam ♥ Ida (Part 1)

♥ Khairul Nizam ♥ Ida ♥


21 September 2013 (Sabtu) - Wedding anak saudara Mummy Dr Khairul Nizam dengan pasangannya Mujahiddah a.k.a Ida berlangsung di rumah sebelah perempuan. Mummy balik ke kampung Jumaat malam Sabtu. Tak sabar sangat nak balik kampung. Actually bukan tak sabar tunggu wedding day ni tapi tak sabar sebab dapat berkumpul dengan semua sanak saudara. Dah macam raya jer. Cuma 5 orang anak saudara Mummy dan seorang cucu saudara yang tak dapat turut serta.

Khairul ni anak ke tiga kak long, bertugas di Hospital Baru Pahat. Elok la kerja kat BP kahwin pun dapat orang BP, tapi dengar2nya bercinta zaman Khairul masuk UPM sekejep sebelum dia berhenti dan buat medic.... kira lama la dia orang bercintan cintun ni....hehehe. Majlis kat rumah lelaki insyallah pada 9/11...

Mummy sampai rumah pukul 11.45malam. Terus tengok dan siapkan barang-barang hantaran. Barang2 hantaran ni anak buah Mummy tempah kat kedai so Mummy cuma siapkan bunga coklat Mummy dan isi telor kat bunga pahar. Sambil menyembang dengan kekanda-kekandaku yang dah sampai dulu ke kampung dan sambil menunggu ketibaan suku-sakat yang lain.

Comel tak jambangan bunga ni...heheh. Ni duit mas kahwin RM100 yang Mummy dah gubah jadi setangkai bunga ros dengan satu kudup ros dan 2 bunga ros yang dah berkembang....ni hasil terakhir selepas mengambil kira pandangan juri awam dan juri khas sepanjang pembuatan jambangan ni....hahah

Hasil keras tangan Mummy jambangan ferraro rocher dan gula in the making... boleh lupa la pulak nak ambik gambar jambangan yang dah siap...huhuhu

Perfume Polo... i like

Mau tergolek kalau Mummy yang pakai kasut tinggi ni

Sirih junjung versi jambangan bunga sempoi

Handbag besar.... senang nanti nak isi diapers dan susu anak...hahah

Telekong dan Al-Quran digital


Cincin, rantai tangan dan mas kahwin

Kek dari 'resepi rahsia'

Bakul buah

Puding cocktail Mummy yang telah tergelincir semasa proses transformasi ke dulang hantaran....hancur berkecai puding ku... last kita orang makan jer cocktail dia...heheh

Buah tangan dari Kharirul untuk Ida


Tak berapa suka la Mummy pakai tudung 2 layer ariani ni... muka nampa tembam betul... mungkin kalau Mummy pinkan kanan kiri ok kut....huhuhu

 Tengok je dulu gambar2 hantaran la ye, lepas ni baru gambar2 korang pulak....haha. Tunggu....


1 comment:

  1. tepek wajah kita banyak2 ye dlm part akan dtg......

    ReplyDelete