Wednesday, April 11, 2012

Santapan Hari Pertabalan

Menu santapan tengahari ni sempena cuti Hari Pertabalan Agong... ala2 kampung. Terasa macam makan kat kampung pulak.

Pucuk ubi masak lemak putih a.k.a 'masak bobor' . Yang ni betul2 pucuk ubi bukan 'daun ubi' yang selalu orang jual kat pasar. Pucuk ubi ni didatangkan khas dari kampung halaman Mummy, terima kasihlah pada kakak Mummy di Klang tu yang susah payah datang ke rumah menghantar pucuk ubi ni hari Ahad lepas, baru hari ni sempat dimasak. Ada baki lagi sikit Mummy plan nak masak dengan labu pulak. 

Rahsia kegebussssssssssssssan pipiku...tak perlu botok tak perlu kologen tak perlu SKII (errrr ya ke tak perlu????

Ikan kembung bakar 'terover cooked' ....hahahaha

Rasa cam nak bela ayam je kat belakang rumah.... anak2 tak pernahnya jemu dengan ayam goreng. Seminggu kena beli sampai 3 ekor ayam....

Penambah selera untuk tengahari ini...ikan gelama masindan sambal belacan meetopppppssss

4 comments:

  1. bobor pucuk ubi, menu aku semalam, kicap tempe sama menu ari ni, ikan goreng n smbl belacan....lebih kurang je ye seleranya...

    ReplyDelete
  2. agak2 TUANKU makan tak ye menu camni.

    ReplyDelete
  3. Mak oiiiiii.... terduduk terus di sini! Dah lama tak ngadap hidangan yang menyelerakan begini Mummy Gee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie... menu kampung ni memang tak menjemukan... kena ajar anak2 menu kampung takut nanti mereka lebih kenal spaggeti dan burger dan pucuk ubi dan lempeng....hihih

      Delete