Sunday, April 15, 2012

Nasi ambeng tak cukup sifat!

N3 masak2 dihujung minggu.... korang layan  je la yer. Tak de plan pun nak buat nasi ambeng, tapi bila dah siap masak dan tengok lauk yang Mummy masak, rasa cam boleh  dijadikan nasi ambeng pulak. Last week Mama Miraki ada datang rumah dan dia ada bawak ayam masak ungkep, budak2 suka pulak tu so Mummy plan nak masak lah bila2.

Cam makan kat rumah kenduri pulak ek...hihihi. Orang kurang kerja cam ni la....hihih


Ayam kampung masak ungkep.  Awal pagi Mummy ke pasar tani nak cari ayam tua tapi seekor pun tak ada. Last beli 3 ekor ayam kampung. Kecik2 je ayam kampung ni seekor dalam sekilo lebih. Sekilo RM13. Ada gak orang jual ayam kampung organik sekilo RM18... Nak masak ungkep ni tak sedap guna ayam bandar sebab rempah tak sempat menyerap daging ayam dah empok. Nak masak ayam ungkep ni senang je,


Sambal goreng jaworld. Tips nak bagi sambal goreng ni sedap, ikan bilis kena tumbuk kasar dan kena masak pedas sikit


Tempe masak bacem.... pernah makan tak? Menu yang confirm uols tak akan jumpa di hotel 6 bintang kat Msia ni ....hihih. Nak buat dia tumbukkan bawang merah, bawang putih, ketumbar dan jintan. Tumiskan sekejap dan masukkan air. Masukkan tempe dan rebus sehingga kering, kalau rempah belum meresap lagi tambahkan air dan rebus lagi. Jangan lupa masukkan garam, perasa, gula merah dan sedikit asam jawa. Tempe bacem ni rasa2 rempah dan ada masam2 manis sikit. Kalau ikut style ornag indon, air kelapa digunakan untuk merebus tempe ni.


Tempe bacem goreng. Tempe bacem yang dah siap digoreng pulak.Bancuhkan tepong gadum cair2 sikit, celup tempe bacem dan goreng garing2... sedap makan panas2....


Ikan bulu ayam tak ada ganti ngan ikan masin ni pun ok gak la....

9 comments:

  1. sedulang tu dah sesuai sungguh untuk munjung2 rumah orang cam bulan puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu ye kita nak gi munjung rumah awak

      Delete
  2. Sedapnyaa..

    Patut ler I buat ayam ungkep tak sesedap emak masak.. ya tak ya, org2 kg guna ayam pencen, I plak guna ayam metropolitan.
    Bacem tak pernah makan.. thanks berkongsi resepnya Mbak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam metropolitan lembut lemah gemalai, baru kena himpit sikit ngan rempah2 dah lembik, tak sempat rempah2 tu nak meresap....hihih

      Delete
  3. kelakarnya... tak cukup sifat ye...

    ReplyDelete
  4. hehehe......menu sikit punya menggoda, tp sayang dulangnya grepesen"

    ReplyDelete
    Replies
    1. backdrop kena sesuai ngan menu la...hihih

      Delete
  5. cik Anonymous.....dah lauk2 nya pun menu2 antik, pinggannya pun antik, so dulang dia pun kena la yang antik gak, tu yang mummy gee guna dulang grepesen...

    ReplyDelete