Saturday, April 14, 2012

Pecal != Gado-gado!

N3 dihujung minggu....

Jom lunch..... menu2 kampung je....

Pecal a.k.a salad jaworld != gado-gado. Pecal dan gado2 tak sama ye adik2. Macam sama  tapi tak serupa ya. Pecal ni selalunya melebihkan sayur2an yang dicelor ... pucuk ubi, kangkong, tauge,pucuk paku, kacang panjang, kacang botol. Kemudian ditambah ulaman segar timun dan sengkuang juga tauhu dan tempe yang digoreng. Sambal pecal tu kalau Mummy suka guna cili api yang digoreng dulu, kalau guna cili kering cam kurengggggg pedas la pulak. Dulu kalau buat pecal Mummy tak suka letak cekor tapi sekarang ni kalau ada cekor Mummy tumbukkan je sekali ngan sambal pecal tu. Gado2 lebih kurang cam pecal tapi bahan2 dia beza sikit dengan pecal...selalunya dalam gado2 ada kentang rebus, telor rebus, sengkuan, timun, tempe , tauhu dan ditabur dengan keropok ubi atau emping belinjau. Sambal gado2 kurang pedas dan lebih manis rasanya. sekian pelajaran kita untuk hari ni adik2....

Daging salai + pucuk ubi recycle... lagi kita perangantkan daging salai ni lagi sedapppp... pucuk ubi tu terasa lagi lembut sangat2.....

Sup munge-munge cinta... dalam sup ada taman rama2 ...hihih. Ibu2 kalau nak suruh anak2 makan sayur kena kretif sikit yer...heheh....

Ikan masin belanak dan tenggiri

6 comments:

  1. Assalamualaikum tuan rumah,
    kita dah siap duduk bersila ni menunggu hidangan jaworld tu... he he hh semuanya sedap2 belaka! Tak sabar nak makan nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Kak Amie, apa tunggu lagi jemputlah makan, nanti sejuk tak sedap pulak...hihi

      Delete
  2. ikan belanak tu sama dengan ikan belacak yg timbul2 kat tebing2 sungai bila air surut ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau la Mama Janet... kita kat Johor tak pernah tau kewujudan ikan ni... kat Perak ikan i cukup popular.... ikan dia banyak sisil

      Delete
  3. merepek la ko ni mek...ikan belanak kan bnyk jual kt pasar, blanak mana de org jual (leh mkn ke x)....aku tau ikan blanak tu sbb msah mkn tp klu dia x tanya aku wt2 x nmpak je, leceh nk buang sisiknya

    ReplyDelete
  4. menu cam tu kalau pasangan sama2 jaworld senang ye, tak yah nak masak2 menu lain....

    ReplyDelete