Sunday, November 11, 2012

Schizophllyum commune in hot and spicy coconut milk...

Masak lemak cili api cendawan kukur a.k.a cendawan sisir a.ka. jamur gereget. Tapi kalau nak bagi glamour sikit kita tukar nama masakan ni pada "Cchizophllyum commune in hot and spicy coconut milk". Biasalah kan chef2 hebat kalau kita tengok nama masakan dia orang bukan main gah dan panjang walhal masakan sempoi gilos....hahahhaa


Ramai yang tidak mengetahui kulat atau cendawan tradisional ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi utntuk kesihatan kita. Kulat sisir mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

Sekarang ni musim hujan, mungkin kat kampung2 yang banyak tunggul2 mati terutamanya pokok2 getak, mesti cendawan ni banyak tumbuh. Cendawan ni Mummy beli kat pasar tani pagi tadi. Beli 200gm jer, mahal beb. Sekilo RM50.... cam tak caya jer kan. So Mummy beli setakat 200 gm jer. Bila dah masak cam ni tingal gorengkan ikan kering jer la. Tak boleh masak lauk2 lain nanti hilang kenikmatan masakan ni...heheh., Untuk anak2 gorengkan ayam je la..

No comments:

Post a Comment