Wednesday, November 7, 2012

Hafeez ♥ Syera : Part 1

Hari Sabtu lepas majlis persandingan anak saudara Mummy si Hafeez (anak Kak Kay). Ii majlis pihak lelaki la. Majlis pihak pompuan dah buat di Spg Renggam masa cuti raya haji yang lepas (tak sempat buat n3 lagi....heheeh.... kan dah kata Mummy ni busybody busy sesangat).

Walaupun majlis hari Sabtu tapi hari Khamis lagi Mummy ngan Mama Miraki dah datang 'rewang' ....hehehhe. Actually ada kejadian sebelum majlis rewang tu...huhuh. Petang rabu tu Mummy terjatuh masa ambik anak2 kat taska transit. Lepas hujan simen kat porch licin so Mummy terpeleot ler... (tak sempat gak nak buat n3 pasal ni.... nnt2 ler...hehehe). So banyaklah yang Mummy plan nak buat untuk wedding si Hafeez ni tak tercapai. Lupakan je la high heel yang nak dipakai tu...dah nak pakai kasut pun tak boleh camana nak berhigh heel. Pakai je la selipar. Pagi Khamis tu pun datang rumah Kak Kay awal pagi sebab Mummy nak berurut. 


Oklah jumpa terus ke bigggggggg day for Hafeez ♥ Syera. 



Majlis diadakan di Banquet Hall, Maktab PDRM Cheras...


Pelamin yang sempoi tapi cantik. Tema color purple lavendar...

Meja makan beradab...

Lepas breakfast buat final check-up kat dewan

Sebelum tengok muka pengantin tengok la dulu muka tuan tanah yer...

Muka mamarazi yang tembab sebelah Mummy mestilah tepek...

Kak Mah dan Shasha (anak dara Kak Kay)

Dania dan Aliya. Dalam betul lesung batu pipit si Aliya ni

Call Datuk ke Datin S? 

Gang petakkkks

Abang Mummy, si Wong Khoo Lai dan isteri. Alhamdulillah semakin sihat abang Mummy ni.

Red vs black

Jangan marah ye pengantin, makcik gedixs ni rasmikan dulu pelamin ni...

Alahai dua budak kecik ni, sibuk gak nak naik pelamin

Emak sedondon anak2 pun hampir nak sedondon

Ni pengantin lama....

Walaupun kaki sakit dan jalan tak betul posing tetap posing dan gedik tetap gedik

Saja jer mengedik nak pakai baju sama2... sendiri taja la sapa lagi

My anak dara 

YB Bukit Mutiara ni malas nak bergambar tapi bila dlm blog tak de gambar dia bising pulak....

Red carpet tu....minah senget

Pengantin pun tak de buat aksi cam ni kan... memang over betul 2 makcik vogue ni...kui kui kui


N3 ni khas gambar preparation sebelah pagi selepas breakfast... gambar sanding tunggu la n3 seterusnya... tak tau la bila nak publish, malam ni ke , esok ke , mingug depan , bulan depan or tahun depan...heheheh kalau tahun depan baru publish rasanya pengantin pun dah bertiga kut...heheheh

Kita tepek sekeping jer dulu gambar pengantin.... gambar2 lain tungguuuuuuuuuuu.... 









2 comments:

  1. meskipun daku pengantin lama, namun keromantisan tetap segar lagi....

    ReplyDelete
  2. wat entry wedding ni panjang2 ye mummy gee, sampai part 20 pun tak pe, suka tengok gambar2 korang posing...

    ReplyDelete