Tuesday, November 13, 2012

Kisah kasut cinderella

Cam ni ke kasut cinderella???

Nak cerita pasal 2 pasang kasut kat atas tu, bukan le kasut ribu raban pun, setakat kasut bata dan brand biasa2 je. Mummy beli kasut ni masa kenduri kahwin anak saudara Mummy si Hafeez tu (anak Kak Kay). Yang warna hijau tu plannak pakai masa hantar pengantin ke rumah perempuan. Masa tu kan tema family Mummy turquoise blue/green. Nak dijadikan cerita masa nak gi hantar pengantin tu laman rumah Mummy banjir, so pakai je la selipar dulu. Bila sampai rumah persinggahan pengantin pompuan baru la terperasan kasut mUmmy ni tertinggal kat dapor rumah. Mummy ingat cam dah masukkan je dalam bag anak2.

Kasut yang purple tu pulak si Mama Miraki yang beli tapi bila dah beli dia rasa cam tinggi sangat la pulak.So dia jual timbang kati kat Mummy la. Sepatutnya kasut tu pakai masa majlis kahwin kat rumah kakak Mummy si Kak Kay tu. Tapi nak buat camana 3 hari sebelum majlis tu Mummy kaki Mummy sudah terpeleot dan terseliuh. (Tak sempat pun buat n3). Malam2 gi Hospital Serdang. Alhamdulillah tak ada patah ke apa tapi memang teruk lah terseliuh dia. So masa majlis kat rumah Kak Kay tu pakai selipar flat jer la... lupakan je kasut purple 2.5" tinggi...hahaha. La ni gi opis pun pakai selipar flat jer lagi sebab masih sakit kat buku lali dna lutut.

No comments:

Post a Comment