Monday, November 21, 2011

Cerita 'Potong' - Episod 1

Assalammualaikum semua.... Ya Allah lamanya rasa tak update blog ni, dah penuh dengan sawang2 rupanya. Nak buat camana lately ni busy xtra sikit ut yg x sempat nak berblog2.


Oklah N3 kali ni nak cerita pasal xtvt 'potong' dicuti sekolah. Biasalah bila musim sekolah ni selain dari sibuk orang nak naik pelamin, ibu bapa yang ada anak2 bujang kecikpun sibuk gak nak khatankan anak masing2, termasuk Mummy la tu.


Daddy pakat dengan jiran tetangga yang nak khatankan anak buat beramai. Ada 7 orang anak yang nak join termasuk Daniel & Danish.


Jumaat Malam Sabtu tu kami buat majlis doa selamat di rumah jiran Mummy dan jemput orang surau dan jiran2 yang lain.


Sebelum majlis doa selamat tu ada sesi motivasi untuk anak2 yang nak berkhatan. Biar anak2 tu rasa semangat dan takut.


Ni lah 7 orang anak2 D7 yang akan di zaspppppppppp beramai2... (dah selamat potong pun...)

Muka tuan tanah nak ke majlis doa selamat

Menu malam tu nasi minyak...dan ada few menu sampingan...

Comel nak tempat letak cistat tu

Anak bujang Mummy si Daniel




Ada pulut kuning dan rendang yg sangat2 sedap...

Malam lepas masjlis doa selamat tu anak2 nak tidur beramai2, so semuanya tidur rumah jiran  Mummy...rumah sebelah je... Awal subuh dia orang dah bangun dan bali rumah masing2. Lepas mandi dan solat dia orang tak sabar2 nak ke playground sebab nak berendam dalam kolam 

Bapak2 yang sporting tengah masukkan air dalam kolam besar.....

Seronok sakan dia orang... cam best je berendam dlm kolam besar tu...hihi

Orang dulu2  berendam kat parit je....

Seronokkk  la korang ye...

bersambung..... mata dah ngantuk sangat....


Gambar kenangan di klinik sebelum masing2 menjerit dan menangis....heheh





2 comments:

  1. kalau aku, mama miraki n kak kay melimpah tak air kalau mandi dalam tu

    ReplyDelete
  2. dulu aku sunat mak tak rendam dlam kolam cam ni, ni rasa nak sunat lagi....nak rendam dalam kolam gak cam tu, ngan mama janet sekali...

    ReplyDelete