Sunday, November 6, 2011

Aidil Adha 2011 - Part I

Assalammualaikum.... macamana dengan sambutan hari raya korban uols. Tahun ni Mummy tak balik kampung pun, lagi pun rumah pusaka kat kampung Mummy sedang direnovate. Dan daddy pulak nak rasa beraya di rumah sendiri.. Mummy pun 'i followwwwwwwwwwwww je la'...

So layan la pics raya Mummy... tak de lah sebanyak pics hari raya puasa....

Me & partner... posing lepas balik dari solat raya


Macam2 aksi


Penyambung zuriat....


Danish... my 2nd little hero


Kali ni beria2 si Danish nak bergambar, kalau tak susah betul nak tengok muka dia yang eksklusif tu...heheh



Anak2 bujang Mummy ni lagi dua minggu nak kena 'potong'. Dia orang yg nak kena potong Mummy pulak yang rasa seram2 sejuk....


Ok semua dah siap terhidang


Menunggu tetamu yang tak kunjung tiba


Kenapa takde org datang ni Mummy?


Sukeee gambar ni


Makan anak beranak je...

Apa yang uols masak untuk raya hari ni. Walaupun cuma raya haji tapi sebab dari kecil memang emak abah akan masak2 dan sambut cam raya puasa so Mummy pun buat preparation dan masak menu raya gak le... baru la ada feel nak raya..betul tak? Bukan la wajib masak  menu2 raya ni tapi Mummy rasa cam tak sesuai le kalau pagi2 raya ada orang gi breakfast kat MekD or K-Ep-Chi... hihih. Malas nak bebel layan je la menu Mummy sambut raya...


Rendang tok dan rendang lokan. Lokan tu khas untuk Daddy. Kalau kat kg Daddy mesti dia org buat rendang kerang. Seminggu dua ni kat jalan besar dekat dengan rumah Mummy ni ada orang jual lokan dan kupang, Daddy beli 3kg... mahal tu sekilo RM7 (lebih mahal dari ayam tu..). 3 kg bila dah ambil isi dia tinggal semangkuk kecik je... boleh le untuk org yg mengidam nak makan


Sambal kacang dan masak lodeh

Lemang dan kari ayam. Lemang tu sangat2 kureng kesedapannya...  yang belah atas je ok yang belah bawah tu kulit luar lemang keras...

Choc cuppies

Lepas makan2 Daddy dan anak2 semua pergi ke surau sebab ada majlis korban. Mummy pegi lewat sikit sebab nak settledkan hal rumah.

To be continued.....

2 comments:

  1. sofa br tuk raya haji ke...(mata aku ni pelilang peliling je).lobak kt lodeh tu pun ko siap buat bunga. ish..ish..ish

    ReplyDelete
  2. mama janet ko leh prasan ye sofa baru...sofa raya.
    mummy gee, aku tengok menu macam2 tapi ko makan anak beranak je cam sedih lak....huhuhu..

    ReplyDelete