Monday, August 31, 2009

10 Ramadhan

31/8/2009 = 10 Ramadhan (Isnin) - Pejam celik pejam celik dah masuk 10 hari Ramadhan. Alhamdulillah so far so good. Danny masih cukup puasa tak der ponteng2 lagi. Danish dah 3 hari tak puasa. Semalam tengahari dia berbuka sebab sahur dia tak makan apa.

Hari ni mummy memang banyak tidor. Projek nak g rebonding ngan cari baju raya anak2 pun tak menjadi...hihihi . Lepas solat Zuhur lepak2 lagi sambil fikir apa nak masak untuk buka puasa hari ni. So selepas letih berfikir inilah menu buka puasa untuk hari ni.


udang goreng kunyit...nyum2...udang ni hubby beli kat Bagan Lalang. Fresh betul...terasa kemanisannye....

sup sayur rebus... jerang air, campak chicken cube dan campak sayur...very sempoi

lemak cili api ikan tenggiri

ikan ngan ayam goreng

kari ikan sembilan...hubby's favourite. Ikan ni pun beli kat Bagan Lalang gak, dua pinggan hari ni hubby makan...

pajeri nenas

Kuih2 beli kat bazar ramadhan jer, roti jala, kuih lopis, kuih talam, kasui dan seri muka. Pau jer mummy goreng.
masing2 dah tak sabar nak berbuka...
walau menu belbagai ni jer yang mummy makan, sup sayur ngan udang...lain2 tak boleh nak masuk dah sebab dah pekena air kelapa dua gelas...kembung perut den

No comments:

Post a Comment