Sunday, August 30, 2009

8 Ramadhan - Majlis Buka Puasa

29/8/2009 = 9 Ramadhan (Saturday) - Petang ni adik beradik mummy plan nak buat majlis buka puasa kat rumah mummy. So kul 8am mummy ngan daddy pegi ke Pasar Kajang.


Hah satu troli benuh stock lauk pauk untuk seminggu (???). Apa mummy beli? Ikan siakap, kerapu, kembung, tenggiri, sardin, udang, ayam dan sayur2. Tak lupa gak betik, mangga , nenas dan pisang.

Balik rumah tinggal cuci2 ikan tu dan masuk dalam peti sejuk coz semua dan disiang kat pasar. Lepas siang ikan lepak dan layan mata sat...

Kul 2pm start masak utk buka puasa nanti. Pukul 6.30 dah siap masak.


Tamu yang mula datang family Kak May, pas tu family Mama Miraki dan last sekali family Kak Noor. Anak2 Kak Noor Ain & Iwan dan pasangan masing2 tak dapat joint sebab ada majlis buka puasa lain. Family Kak Lah tak jadi datang sebab ada saudara dia dari Penang datang.

Tengok ler makanan yang penuh atas meja. Bukan semua menu tu mummy masak sendiri. Kita orang buat pot luck so masing2 bawak makanan.


Ada air mangga, teh dan kopi


Soto dan aksesori. Mummy lupa nak beli miched meat untuk buat bergedel, so guna ler daging berger sebagai ganti. Nasib baik ada idea kreatif... soto ni licin sebab budak2 suka makan, kena celur mee hoon sampai dua kali...


Pencuci mulut ada pengat labu + sagu, mangga dll. Buah mangga tu tersangat ler manis nye...emmm



Sweet sour ikan kerapu dan siakap. Dah banyak menu lain, 3 ekor pun tak habis pun, perangat untuk sahur lagi.


Ikan pari dan kembung bakar Mama Miraki. Cicah ngan kuah asam dan kicap. Sedap dimakan begitu saja...Banyak sangat Mama Miraki bawak so ada yang tak bakar lagi...



Hati ayam goreng berlada. Mummy ni tak suka makan organ dalaman ayam. So tiap kali beli ayam bibik simpan jer hati tu sebab tak de sapa nak makan, bila tengok dala peti sejuk ada satu plastik hati dan pedal ayam. Mummy tanya Mama Miraki hati ni sedap masak apa. So dia cadangkan goreng berlada jer. So inilah hasilnye...Alhamdulillah...licin.



Ayam ni mummy goreng kul 7am. Memang masa buka tu ayam ni panas2 lagi. Budak2 memang suka. Lepas buka puasa ratah ayam lagi...licin...emmm sedap hingga menjilat jari...



Sambal goreng ni requested by Mama Miraki. Menu ni menu wajib kalau kita orang buat kenduri kat kampung. Kacang panjang, tauhu, tempe dan fucuk. Mummy lupa nak beli soon so tak letak ler. Mummy ratah jer tanpa nasi...



Emm...ni menu favourite kita orang. Kerabu pucuk meranti + tauge + kacang botol by Kak Mah. Pedas tapi sedap. Kita orang ratah jer kerabu ni...


Ini menu favourite Danish, pengat labu + sagu biji (dia panggil telur katak). Makan sejuk2 sedapnye. Licin gak.


Ini menu asli turun temurun dari zaman emak ada lagi. Masak lemak ikan parang + nenas by Kak Noor. Lepas solat terawih Mama Miraki ratah jer masak lemak ni.



Koci pulut hitam by Kak Mah


Kuih ni jer yang beli...



Mummy, hubby & Danish. Kacau jer Danis ni tak bagi peluang langsung kat Mummy dan Daddy nak posing berdua..heheh



Makan...makan....jangan malu2. Buat jer cam rumah orang... Daddy dan abang2 & adik ipar mummy.



Mama Miraki, Kak Noor dan anak2...tengah makan pun sempat pose lagi...


Mummy & Dafiy



Anak2 saudara Mummy



Mummy & Dania



Solat Maghrin, Isyak dan Terawih berjemaah. Solat Maghrib hubby Mama Miraki jadi Imam. Isya dan Terawih Daddy jadi Imam.


Alhamdulillah boleh kira semua makanan habis. Tak de lah membazir. Malam tu family Mama Miraki dan family Kak Mah tidor rumah kami. Yang paling suka mestilah anak2 mummy dan anak2 Mama Miraki. Dia orang main games sampai hampir 2 pagi. Yang jadi mangsa notebook mummy le. Facebook pun dia orang layan gak. So sibuk gak ler masing2 berkebun. Hubby Mama Miraki sibuk ngan Mafia War dia. Kalau tak de apa2 halangan minggu depan Kak Mah nak jadi host utk buka puasa pulak.

No comments:

Post a Comment