Thursday, August 13, 2009

Renew Passport Bibik

11/08/09 (Selasa) - Hari ni mummy cuti dan jadi fulltime house wife sebab bibik pegi renew passport kat kedutaan Indonesia. Mummy suruh daddy pergi awal2 sebab kawan2 cakap kalau nak ke kedutaan indonesia utk sebarang urusan kena datang awal2 pagi sebab orang terlalu ramai. Mia maid Mama Miraki yang lama masa renew passport datang awal pagi dan pukul 8 malam baru siap.

Mummy siap suruh bibik bawak bekal lagi, so bibik bawak bekal minreal water sebotol besar, nasi goreng dan biskut.

Pukul 8 baru daddy dan bibik pergi. Pukul 10 lebih mummy call bibik, dia kata no giliran dia 2300++...nasib baik dah ada sistem no giliran kalau tak jenuh lah beratur sepanjang2 sampai ke luar keawasan kedutaan.

Bila mummy call bibik sekali lagi dalam kul 1 lebih, dia kata dah siap, dan dlm perjalan balik, ooo cepat la pulak... daddy renew passport bibik untuk tempoh 3 tahun. Murah jer nak renew passport Indon utk 3 tahun cuma RM18 jer, kalau passport Malaysia RM300.... Masa kat kedutaan tu daddy kena sign surat agreement untuk sambung contract bibik lagi setahun dan kena bayar gaji minimum RM600. Kalau gaji lebih rendah dari RM600 kedutaan tak luluskan renew passport.

Mummy memang plan nak naikkan gaji bibik start bulan sepuluh ni, tapi naik kan RM50 jer dari RM500 ke RM550, so nampak gaya kena naik jadi RM600 gak ler... bayangkan lah kalau gaji minimum maid dah RM600 camana org yang gaji dalam 2-3K nak ambik maid yer. Kesian gak...

No comments:

Post a Comment