Sunday, August 23, 2009

2nd Ramadhan

23/8/2009 = 2 Ramadhan (Ahad), lepas sahur dan solat subuh mummy sambung tidor sampai kul 8am, mak datuk bangun tidur kepala pening dan pusaing jer. Tak biasa sambung balik tido tu yang pening kut. Pagi tadi Danny dan Danish bangun sahur gak, so hari ni memang nak pujuk si Danish puasa sampai ke petang.

Baru kul 10 si Danish dah merenggek lapar dan haus. Mummy buat2 tak dengar jer. Mummy ingat hari ni buka kat kampung gak, tapi Daddy ajak balik lak tengahari tu. So kul 12 lebih dah tolak balik ke Bangi. Hari ni ikut jalan lama, sepanjang perjalanan pun hujan jer dan sepanjang perjalanan gak si Danish merenggek dan menanggis lapar dan haus, tengok biskut Dafiy dan pisang pun dia boleh teringin. Bila Daddy kata siapa tak puasa daddy tak bawak g pasar ramadhan, baru la dia diam kejap, lepas tu merenggek lagi.

Sampai rumah dia terus bukak peti sejuk nak minum, tapi mummy berjaya pujuk. Mummy kata klu dia puasa sampai petang mummy bagi dia duit. Mummy nak bagi RM 1 tapi dia nak RM10, mummy setuju je janji dia puasa sampai petang.

Kul 6 Daddy bawak dia orang gi pasar ramadan. Sebelum pegi Danish dah mintak duit RM10 awal2 dulu sebab nak beli mainan kata dia. Balik dari pasar ramadan berbagai air yang dia orang beli.

Bila masuk waktu buka Danish makan tak pandang kanan kiri, nampak lapar betul dia. Alhamdulillah smapai ke petang gak dia puasa.

No comments:

Post a Comment