Monday, August 31, 2009

52th Merdeka Day



31/8/2009 (Isnin) Tanggal 31...bulan lapan lima puluh tujuh...merdeka merdeka sesama lah kita (nyanyi cam Sudirman tau...). Hari ni sambutan Hari Kebangsaan yang ke 52. Ada ke apa2 celebration bulan2 posa ni hah. TV pun pagi2 ni tak bukak (actually lepas subuh sambung tido, dekat 9.30am baru bangun...heheh),so tak tau ler kat tv ada tunjuk sambutan hari kebangsaan ke tidak. Ni kepala pening2 lalat sebab jarang dah bangun sahur sambung tidur semula.

Cerita pasal merdeka, mummy rasa definasi merdeka itu sendiri terlalu luas untuk dijelaskan. Merdeka bukan setakat bebas daripada penjajah, merdeka dari belenggu kemiskinan, merdeka daripada godaan syaitan, merdeka untuk menyuarakan apa yang kita rasa dan banyak lagi yang terkandung dalam erti merdeka itu sendiri. Mummy bukanlah orang yang bijak untuk membicarakan erti merdeka.

Merdeka ke kita kalau ada lagi rakat yang hidup menderita seperti ini...semoga merdeka ke 53 tiada lagi keadaan seperti ini di negara kita.

No comments:

Post a Comment