Monday, August 17, 2009

Hari Minggu Datang Lagi

15/08/2009 (Sabtu) - Kak Long ngan anak2 singgah rumah mummy. Dia orang on day way nak ke
Penang untuk menetapkan tarikh perkahwinan Ariff. Dia orang sampia dalam pukul 2.30am. Kalau
ikutkan Kak Long dia tak nak singgah tpai mummy paksa gak si Lan suruh singgah rumah dulu.
Boleh ler tisur2 dulu kejap dan mandi2 sebelum teruskan perjalanan ke Penang.
Pagi tu sarapan nasi lemak jer. Pukul 7.30 Kak Long dan anak2 dah bertolak ke Penang. Dan
Mummy & Daddy cam biasa xtvt hujung minggu, pegi pasar ler. Dah dua minggu tak pegi, stock
lauk pauk pun dah tinggal saki baki jer. Biasalah tiap kali pegi pasar memang almost 2 ketul
habis. Ok lah tu lauk pauk untuk stok dua minggu utk seisi rumah. Sayur tak boleh beli
banyak2 nanti cepat layu dan busuk. So cam biasa ler ikan parang seekor, tenggiri seekor,
siakap 2 ekor, udang sekilo, kembung sekilo, sardin sekilo, selar sekilo dan ayam seekor.
Semua memang main kilo2 jer ler, dernya takat ambik seekor dua, camana ler nak
kurus...hhihih... Pas tu beli cempedak madu sebiji, mahal gak sekilo RM5, sebiji dah dua
kilo lebih....

Menu tengahari ni mummy masak, labu masak lemak cili api, sup taufu, bakar lobster, goreng
ikan dan ikan masin. Mummy makan labu ngan ikan masin terubuk jer...emmm sedap.
Lepas lunch semua layan mata..... dekat pukul 4 baru mummy bangun. Pas tu mummy dan daddy
pegi ke rumah nilai nak g pasang pintu toilet yang tanggal. Kebetulan jiran belakang rumah
tu buat pukak kenduri malam ni lepas maghrib so dia jemput kami sekali.

On the way balik dari rumah nilai singgah kat Nilai Square utk tukar baju Dania, last week
mummy beli baju kurung utk Dania tapi kecik lah pulak.

Sampai rumah dah dekat nak maghrib, so mandi2 solat dan pergi semula ke nilai. Plan memang
nak pegi kejap jer setakat tunjukkan muka tapi bila dah jumpa jiran2 jadi lama lah pulak.
Lepas makan rushing balik sebab jiran belah belakang rumah kat Bangi pun jemput datang
kenduri gak. Mummy dah penat so Daddy jer yang pegi seorang.

Masa mummy sampai rumah, kak long dah sampai dari penang.So sembang2 le kejap. Arif bawak
Kak Long gi pusing2 kat Putrajaya. Alang2 dah datang KL, bukan selalu pun datang.

16/08/2009 (Ahad) - Menu breakfast hari ni mee bibik, nasi goreng ngan goreng cempedak.
Lepas breakfast Kak Long balik ke Kota Tinggi.
Hari ni lunch mummy tak masak pun sebab ada jamuan harijadi rumah sepupu daddy (anak Pak
Lang), dan selalunye kalau rumah pak lang atau rumah anak2 dia memang menu mantap. Kul 2
baru kita orang pegi. Keadaan perut memang tengah lapar ler masa tu. Singgah dulu cari
hadiah. Seperti dijangka menu mantap, nasi tomato, ayam masak merah, dalca, ajar, nasi
kerabu, meehoon sup dan makaroni goreng. Kuih favourite mummy kole kacang pun ada, choc kek,
puding dll... lama gak mummmy lepak sebab hujan lebat la pulak. Kul 4 baru bergerak balik.
Cam biasa ada bekalan utk bawak balik (tak masak lagi ler malam ni..hihihi)...
Sampai rumah mata mengantuk ya amat...mummy zzzzzzzzzzz sampai dekat kul 6.00. Rasa mata cam
kena gam jer....

p/s gambar akan diupod kemudian, network kat opis ni slow ler...

No comments:

Post a Comment