Wednesday, August 12, 2009

Patah sayap terbang jua...

08/08/09 (Sabtu) - Pagi ni malas nak g pasar. Lagipun stok lauk2 ada lagi. Petang Mummy g rumah Mama Shasha sebab nak berurut. Bibik dan anak2 Mummy bawak sekali. Janji ngan makcik urut tu pukul 4pm. Da lama tak urut badan memang sengal2 dan lenguh2 sana sini. Memang ada part yang sakit ler bila kena urut. Lepas tu Mummy urutkan Dafiy pulak. Dah seminggu ni dia asyik malam tidur merengek2 jer. Dah lepas demam pun masih lagi merenggek, cam tak selesa jer dia tidor. Manalah tau dia ada terseliuh ke terkehel, lagipun sekarang ni sejak 'dapat kaki' dia memang lasak betul. Tak boleh leka sikit, tangga la dipanjatnya.





Masa mummy berurut anak2 main layang2 ngan Shasha kat padang. Lepas tu Abg Wan bawak anak2 main layang2 kat padang jauh sikit. So on d way nak balik tu Mummy tengok dulu dia orang main layang2. Seronok la dia orang sebab kawasan tu luas dan angin tiup kut pulak tu. Bukan setakat budak2 yang main layang2 tapi bapak budak lagi.



09/08/09 (Ahad) - Lepas masak lunch Mummy gi facial. Badan terasa letih betul, so sepanjang 2 jam facial memang mummy tido jer. Balik dari facial mummy singgah sekejap kat Nilai Square. Mahal2 gak kain2 kat situ. Mummy beli kain ela jer untuk buat baju raya mummy dan Dania dan mummy beli baju kurung siap untuk Dania sepasang, anak2 asyik call jer sebab tak sabar nak g main layang2 lagi.

Pukul 6 baru mummy bawak anak2 main layang kat padang dekat Tasik Cempaka. And as expected layang2 semalam kejap jer dah rosak so terpaksa ler beli baru. Kat sini mahal ler pulak layang2 tu, paling murah RM15... mummy beli satu jer dan mintak dia orang share, biasa ler masing2 buat muka seposen je. Mummy buat tak payam jer.

Danny & Dania share layang2, masa ni Danish dah merajuk duduk tepi pagar sebab Danny tak bagi main.

Danish merajuk tak dapat main layang2, makan keropok lagi sedap kan!!!!

Sebelum Maghrib dah balik sebab cuaca cam nak hujan jer, tengok lah mendung jer



No comments:

Post a Comment