Saturday, August 22, 2009

1st Ramadhan

22/8/2009 = 1st Ramadhan (Sabtu) - Hari ni sambut hari pertama puasa. Mummy bangun sahur kul 4.15 am, masak simple2 jer untuk sahur, kalau daddy favourite untuk sahur nasi goreng jer. Danny & Danish pukul 5am baru mummy kejutkan utk makan sahur. Nasib baik dia orang jenis yang senang dikejutkan so tak de la sampai tahap kena jirus ngan air..hehe...

Lepas sahur tak de sapa yang sambung tidur pun, budak2 leka main games ngan tengok movie kat youtube. Daddy kata nak balik buka puasa kat kampung dia hari ni, so mummy ngan bibik siap2 dan kemas2 kain baju untuk balik ke kampung. Standard ler mummy walaupun balik sehari tapi kain baju cam nak balik seminggu.

Masa mummy berkemas baju tu si Danish dah 'terbuka' puasa. Alasan dia Dania yang 'ajak makan'. Sabar jer lah. Hampir pukul 12 baru kami bertolak balik. Sepanjang perjalanan hujan jer, so layan mata ler masing2 dalam kereta. Sampai kampung hampir pukul 2:30pm, terus solat dan lepak2. Hari ni puas ler mummy memujuk si Danny untuk tahan puasa sampai petang, hari pertama sure terasa lapar dan haus lebih sikit, lama2 ok lah tu. Tahun lepas 3 hari je dia tak puasa.

Kul 6 mummy & daddy bawak anak2 gi pasar ramadan. Kat kampung daddy tak banyak lah pulak orang berniaga pasar ramadan. Terbayang kalau kat Pt Sulong mesti meriah pasar ramadan dia cam pasar minggu. Belilah lauk2 dan kuih2 sikit.

Alhamdulillah hari pertama Danny berjaya puasa sampai petang.

No comments:

Post a Comment