Friday, February 27, 2009

Danish's 6th Birthday

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You....
Happy Birthday
To
AdAm DaNiSh
Happy Birthday To You



27/02/2009 (Jumaat) - Hari ni hari jadi Adam Danish yang ke 6. Happy 6th Birthday Danish. Semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh.
Hari ni mummy masuk office lambat sikit. Kat Tadika Krista ada birthday celebration untuk student yang lahir dalam bulan Februari dan Danish salah seorang daripadanya.
Pukul 5.15 mummy dah bangun. Lepas bangun mummy terus siapkan bahan2 untuk buat spageti. Nasib baik daging hancur tu bibik dah rendam dulu, jadi tak lah mummy kena tunggu lama untuk masak. Kuah spageti tu mummy guna 1kg daging hancur dan mummy masak dua bungkus spageti. Lepas siap masak spageti mummy terus mandi dan sembahyang dan siap2 nak hantar Danny ke sekolah. Kalut sikit pagi ni, sebab 3D semua buat perangai, Danny tak nak bangun tidur sebab ngantuk, Dania pagi2 baru sibuk nak buat homework si Danish merenggek nak ikut hantar Danny gi sekolah.

On day way hantar Danny, baru mummy tersedar bekal spageti Danny tertinggal kat rumah, mummy cakap kat Danny balik nanti baru makan spageti tu tapi dia dah menanggis pulak. So terpaksalah mummy cari u-turn balik ke rumah. Mana lah bekal tak tertinggal tiap2 hari macam mummy yang nak sekolah pulak, kena salin jadual, pastikan semua kelengkapan sekolah dibawak, air dan bekal dah ambik dan masukkan dalam beg. Tu tak masuk lagi mummy nak bawak beg komputer mummy untuk ke office lagi.

Sampai sekolah ngam-ngam pukul 7.30am. Pagar pun dah nak kena tutup. Kalau lewat lagi sikit kena tulis nama tu sebab datang lambat..hihihi. Lepas hantar Danny mummy ke Tadika Widuri hantar beg dan baju sekolah agama Danny pulak.

Sampai rumah, si Dania merenggek mintak ajar buat homework. Si Dafiy menanggis nak menyusu pulak. Si Danish belum sikat rambuat lagi. Memang tension betul pagi ni. Sementara tunggu Dania siapkan homework mummy masukkan spageti dalam bekas buffet. So untuk jamuan harijadi Danish kat sekolah hari ni mummy cuma bawak birthday kek, goodies for the kids, spageti dan ice-cream nugget jer. Niat dihati nak buat dadih tapi tak sempat nak beli mangkuk kecil.

Lepas hantar Dania dan Danish ke tadika mummy balik rumah semula, kemaskan barang2 yang nak dibawa ke taska.

Ini birthday cake untuk Danish

Danish diapit oleh dua Batrisya, Dania Batrisya dan Damia Batrisya

Ini birthday Danish tapi si Dania ikut menyibuk duduk table for birthday boys and girls
Mummy and Danish

Birthday boys and girls

Bibik dan Dafiy pun datang celebrate birthday Danish di sekolah


Petang balik dari kerja mummy beli kek lagi satu untuk Danish. Lepas maghrib nanti bolehlah Danish potong kek sekali lagi. Pagi tadi masa celebrate borthday kat tadika Danny kan tak rasa lagi kek untuk Danish.
Permukaan kek ini penuh dengan colourfull choc rice sebab tu tulisan atas kek ni pun susah nak baca.
Untuk kali ketiga tahun ini Danish meniup lilin harijadinya.

Apakah yang digelakkan oleh 3D ni....
Mummy with the kids.
Mummy with Danish. Untuk ambik gambar dengan Danish rasanya sampai lima kali baru baru dapat gambar yang ok sikit. Kalau tak ada jer lah yang dia buat.

No comments:

Post a Comment