Thursday, February 5, 2009

Malang Tak Berbau

04/02/2009 (Rabu) – Lunch hour mummy keluar gi Restoren Anje kat Seksyen 15 BB Bangi tempah nasi briani gam untuk majlis harijadi anak2. Lepas tu mummy singgah kejap kedai kek Yummie beli keperluan untuk majlis harijadi nanti. On d way balik ke office sampai kat Persiaran Setia sebelum stesyen minyak Shell mummy terlibat dengan eksiden. Mummy nampak kereta kat depan brek mengejut dan mummy pun brek gak kereta tapi mummy rasa kereta macam mengelongsor jer dan lepas tu terasa hentakan yang amat kuat ke dada, kepala pening berpusing2 dan rasa cam nak muntah. Mummy cuba keluar dari kereta tapi cam nak tumbang. Lepas tu driver kereta depan datang ke mummy, ingatkan dia nak marah, rupanya dia tanya mummy ok ke tidak. Pas tu dia bagi air mineral. Mummy telefon bagi tau daddy. Nasib baik daddy ada kat area USJ, so dekat sikit dia nak datang. Bila dah ok sikit baru mummy keluar dan baru tau 4 kereta yang terlibat. Depan sekali perdana, kedua ford lama, ketiga camry dan last sekali kereta mummy. Nasib baik mummy tak kena langgar dari belah belakang. Alhamdulillah mummy selamat tak der cedera luar cuma kereta belah depan memang dah hancus dah jadi cam kereta Mr Bean. Pintu kereta depan kanan kiri memang ketat nak buat. Betul org kata klu eksiden tak sampai 2-3 minit tow truck sure dah sampai, dua tiga orang berebut2 explain itu ini dan bagi business card masing2. Mummy malas nak pikir, mummy kata kat dia org discuss dengan daddy nanti.





Ini lah jadinya kerete Viva mummy, nombor pun tinggal S6 jer, sekali tengok dah jadi cam keta Mr Bean kan.

















Pintu kanan kiri memang susah nak bukak, nasib baik le mummy ni 'slim sikit' (hihihi...) boleh ler keluar dari keta tu.


















Bila daddy sampai dialah yang call insurance company dan decide siapa nak tow keta tu. lepas tu kami terus gi buat polis report kat Balai Polis Kajang.

Ni la pengalaman pertama buat report accident. Dah ler kena parking jauh kat luar sebab public tak boleh park dalam balai. Mula2 buat report kat kaunter dulu lepas tu baru jumpa officer in-charge untuk ulang statement.

Masa tu gak mummy dapat saman RM300, sebab mummy keta yang last so consider mummy yang bersalah. Lepas mintak discount dapat ler kurang sikit, bayar RM200 jer, aduh dah ler keta hancus nak kena repair kena bayar saman pulak. Tak per lah nak buat camana dah bukan rezeki, alhamdulillah mummy selamat.

Masa kat balai polis dada dah semakin rasa sakit, so daddy bawak mummy gi check-up kat Hospital An-Nur, Dr check luaran ok tapi mummy tak puas hati so mummy mintak buat x-ray. Al-hamdulillah tak der tulang patah ke retak, Dr kata muscle pain jer dan akan ambil masa 3-4 minggu gak untuk baik. So dr bagi ubat sapu dan pain killer jer.

Itulah pengalaman yang boleh dikira mengerikan gak ler, kira trauma gak, malam tidur cam terbayang2 sampai termimpi2.

No comments:

Post a Comment