Friday, February 20, 2009

Cabut Gigi

20/02/2009 (Jumaat) - Hari ni mummy bersemangat nak gi jumpa dentis utk cabut gigi. So lepas hantar Danish dan Dania ke sekolah mummy terus gi ke Klinik Pergigian Dr Hasrim kat Tmn Sri Serdang. Mummy memang kerap ke situ. Masa sampai klinik, awal lagi baru kul 8.45 so tunggu jer lah depan klinik tu. Sempat gak pegi BSN dulu transfer duit ke Mama Shafiq untuk beli baja pokok kelapa sawit tinggalan atuk. Dah hampir kul 9.20 am klinik tak bukak lagi, mummy dah start nak cabut gi opis bila ada pembantu klinik tu bukak pintu. Mummy jadi org pertama, rupanya dr dah ada pun kat klinik. Rasa berdebar2 jer nak jumpa dr, so sempat gi toilet dulu.

So sebelum cabut dr check semua gigi mummy dia advice ler mana yang perlu tampal mana yang patut cabut. Sebelum dr cucuk mummy suruh dia sapu gel dulu kat gusi so tak ler rasa sakit sangat nanti. Lepas cucuk dua kali dr suruh mummy relax sekejap tunggu ubat bius tu bertindak. Dekat 15 minit dr check nak pastikan ubat tu dah bertindak ke belum. Dr cuba goyang2kan gigi, mummy tak rasa sakit pun. Tapi bila dr cuba nak cabut gigi tu mummy rasa sakit sangat. So dr berhenti kejap dan cucuk ubat bius lagi.

Dr kata dia akan bagi ubat bius sekali lagi dan cuba cabut, kalau tak berjaya gak, dia akan bagi antibiotik dulu untuk 2-3 hari dan lepas tu mummy boleh datang semula. Bila dah rasa gusi, lidah dan bibir makin kebas dr cuba cabut lagi, dia tolak2 gigi tu dulu nakbagi longgar kut tapi bila dia start nak cabut dan pusingkan gigi tu mummy dah angkat tangan sebab sakit. Nasib baik masa mummy angkat tangan tu dr dah berjaya cabut gigi mummy, lepas tu dr suruh berkumur2, banyak lak darah yang keluar. So dr bagi kapas dan mintak mummy gigit kuat2 untuk berhentikan darah.

Alhamdulillah dalam takut2 gigi mummy berjaya dicabut, dr bagi pain killer dan antibiotik. Dari klinik mummy duduk dalam keta dulu tunggu kurang sakit baru pegi ke office. Sampai office mummy telan pain killer sebiji sebab rasa sakit. Harap2 lepas ni tak der lah kena sakit gigi lagi... sakit gigi, sakit yang tak boleh ditolong oleh orang lain....

Anak2 mummy semua mesti jaga gigi dan jangan lupa hari-hari mesti gosok gigi.

1 comment:

  1. Salam,bole tau tak waktu treatment kt situ?

    ReplyDelete