Tuesday, February 24, 2009

Ujian Bulanan

24/02/2009 (Sabtu) - 24 - 26/02/2009 Danny ada ujian bulanan. Hari ni subjek Bahasa Melayu Kertas1 dan Kertas II dan Agama Islam. Mummy dan Daddy doakan Danny diterangkan hati dan dapat jawap soalan dengan mudah.

Pagi tadi lepas sembahyang subuh mummy tanya Danny apa yang dia doa? Dia kata dia doa biar Allah bagi dia pandai so senang nak jawap ujian nanti. Walau pun cuma ujian bulanan mummy pesan supaya Danny jawap sungguh2.

Sebelum pegi sekolah mummy pastikan Danny minum milo dan makan sikit untuk alas perut. Mummy check sekali lagi untuk pastikan keperluan sekolah semua dah dibawak, pensil semua mummy dah sharp.

Lepas hantar Danny ke sekolah, mummy balik semula ke rumah. Danish dan Dania belum ke sekolah lagi. Si Dania masih lagi buat homework. Si Danish baru jer siapkan homework, itupun selepas kena rotan dengan Daddy. Mummy tengok si Danish ni bukan tak boleh buat homework tapi dia ni 'M' terlebih kut....so memang rutin mummy tiap kali sampai rumah dari kerja tanya ada homework ke tidak.

No comments:

Post a Comment