Showing posts with label sakit gigi. Show all posts
Showing posts with label sakit gigi. Show all posts

Thursday, September 8, 2011

Ujian kecil!

Stop kejap episod raya, puan director tak sihat sebab  demam dan sakit gigi sejak petang semalam. Jumpa dr dia bagi ubat kurangkan bengkak dan painkiller so hari ni MC. Malam tadi lepas isyak telan painkiller dan zzzz ... tu pun kejap2 terjaga bila terasa sakit berdenyut2... nak bukak mulut pun sakit dan nakcakap pun rasa malas je, so kalau nak contact Mummy korans sms or chat kat FB je la ye

Nikmat makan ditarik sementara... makan je la bubur nasi ni. Sesekali makan sedap gak. Pagi ni pun makan lebihan bubur yang Mummy buat malam tadi.

Thursday, July 16, 2009

Sakit Gigi@Gusi Lagi

Untuk kesekian kalinya mummy diserang sakit gigi@gusi lagi. Itu lah, last time mummy cabut gigi dulu dr dah bagitau yg gigi geraham hujung lagi satu tu disuggest cabut, selain gigi tu tak digunakan, dr kata gigi tu dah berlubang. Tapi tu lah sebab masa tu gigi tu tak sakit mummy ignore jer la. Ni dari semalam dia start sakit la pulak, gusi dah bengkak kat situ. Infection ler tu, pipi mummy pun dah nampak bengkak sebelah. Petang ni ada meeting kat MAMPU ler pulak, harap2 customer tak perasan, sakit memang tengah sakit ni, cuma dia tak mendenyut jer. Nikmat makan memang dah kena tarik sekejap. SO setakat makan sup ngan yag berair2 jer lah...nak makan takut nak mengunyah takut terkena gigi tu.

Ni memang dah nekad ni, minggu depan memang nak cabut gigi ni.

Friday, February 20, 2009

Cabut Gigi

20/02/2009 (Jumaat) - Hari ni mummy bersemangat nak gi jumpa dentis utk cabut gigi. So lepas hantar Danish dan Dania ke sekolah mummy terus gi ke Klinik Pergigian Dr Hasrim kat Tmn Sri Serdang. Mummy memang kerap ke situ. Masa sampai klinik, awal lagi baru kul 8.45 so tunggu jer lah depan klinik tu. Sempat gak pegi BSN dulu transfer duit ke Mama Shafiq untuk beli baja pokok kelapa sawit tinggalan atuk. Dah hampir kul 9.20 am klinik tak bukak lagi, mummy dah start nak cabut gi opis bila ada pembantu klinik tu bukak pintu. Mummy jadi org pertama, rupanya dr dah ada pun kat klinik. Rasa berdebar2 jer nak jumpa dr, so sempat gi toilet dulu.

So sebelum cabut dr check semua gigi mummy dia advice ler mana yang perlu tampal mana yang patut cabut. Sebelum dr cucuk mummy suruh dia sapu gel dulu kat gusi so tak ler rasa sakit sangat nanti. Lepas cucuk dua kali dr suruh mummy relax sekejap tunggu ubat bius tu bertindak. Dekat 15 minit dr check nak pastikan ubat tu dah bertindak ke belum. Dr cuba goyang2kan gigi, mummy tak rasa sakit pun. Tapi bila dr cuba nak cabut gigi tu mummy rasa sakit sangat. So dr berhenti kejap dan cucuk ubat bius lagi.

Dr kata dia akan bagi ubat bius sekali lagi dan cuba cabut, kalau tak berjaya gak, dia akan bagi antibiotik dulu untuk 2-3 hari dan lepas tu mummy boleh datang semula. Bila dah rasa gusi, lidah dan bibir makin kebas dr cuba cabut lagi, dia tolak2 gigi tu dulu nakbagi longgar kut tapi bila dia start nak cabut dan pusingkan gigi tu mummy dah angkat tangan sebab sakit. Nasib baik masa mummy angkat tangan tu dr dah berjaya cabut gigi mummy, lepas tu dr suruh berkumur2, banyak lak darah yang keluar. So dr bagi kapas dan mintak mummy gigit kuat2 untuk berhentikan darah.

Alhamdulillah dalam takut2 gigi mummy berjaya dicabut, dr bagi pain killer dan antibiotik. Dari klinik mummy duduk dalam keta dulu tunggu kurang sakit baru pegi ke office. Sampai office mummy telan pain killer sebiji sebab rasa sakit. Harap2 lepas ni tak der lah kena sakit gigi lagi... sakit gigi, sakit yang tak boleh ditolong oleh orang lain....

Anak2 mummy semua mesti jaga gigi dan jangan lupa hari-hari mesti gosok gigi.