Monday, March 2, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula ... (Upin & Ipin)



1/03/2009 (Sabtu) - Hari ni mummy bawak 3D pergi tengok wayang cerita Upin & Ipin. Mummy tak tau pun cerita ni tentang apa tapi 3D beria nak tengok. Hari Jumaat mummy cuba book ticket online tapi dah habis pulak. So petang Jumaat tu mummy mintak Ariff (anak saudara mummy) belikan tiket kat GSC Alamanda. Show untuk hari sabtu almost sold out. Ada untuk seat depan jer. So Ariff beli tiket untuk hari Ahad 3.30pm. Mummy sampai Alamanda pukul 3.00pm. 3D dah tak sabar2 terus ajak ke GSC sebab takut tak dapat tiket. Dia orang tak tau yang mummy dah ada tiket.

Sebelum movie start masing-masing sibuk nak bergambar kat poster2 yang ada kat situ.





Selepas tengok Upin & Ipin, 3D merenggek nak main games kat arcade pulak. So masuk la kejap kat arcade. Tengok lah masing2 nak jadi mat & minah rempit.

Selepas main games 3D merenggek nak main bowling le pulak. Malas nak layan mummy terus ajak dia orang pusing2 kejap dan terus balik rumah.

No comments:

Post a Comment